Kongsi teaser dramatik, buat ramai peminat teruja nantikan ENHYPEN debut November depan. Jom kenali ENHYPEN!

Boleh dikatakan nama ENHYPEN semakin popular dikalangan penonton yang setia menonton rancangan survivor Mnet ‘I-LAND’ yang telah berakhir pada 18 September lalu. Seramai enam peserta daripada rancangan tersebut yang telah terpilih menerusi undian global dan seorang lagi dipilih produser untuk debut di bawah BELIFT LAB iaitu sebuah label baru usahasama antara Big Hit Entertainment dengan CJ ENM.

Memandangkan BTS dan TXT bernaung di bawah Big Hit Entertainment, sedikit sebanyak populariti mereka turut terkena tempias pada kumpulan ini. Biarpun belum lagi debut, ENHYPEN terus mendapat sambutan dan mencipta populariti diseluruh dunia. Tambahan, mereka gemar berkongsi aktiviti seharian mereka bersama peminat. ENHYPEN dianggotai oleh Heeseung, Jay, Jake, Sunghoon, Sunoo, Jungwon dan Ni-Ki.

Terbaru, pada 22 Oktober, agensi mereka BELIFT LAB telah meriliskan teaser dramatik ENHYPEN berjudul “Debut Trailer 1 : Choose-Chosen.” Kumpulan ini kini sedang bersiap sedia untuk debut pada November depan. (Yeay!) Berita mengenai debut mereka dan perkongsian teaser tersebut sekaligus menambahkan lagi keterujaan para peminat untuk melihat mereka debut sebagai kumpulan K-Pop generasi baru. Bagaimana pula formula PD Bang untuk kumpulan terbarunya ini dan apakah kelainan yang akan diketengahkan. Penulis sendiri begitu teruja menantikannya, memandangkan penulis mengikuti kesemua episode ‘I-LAND’. Jom saksikan teaser pertama ENHYPEN:

Terdahulu, ENHYPEN telah memilih ‘ENGENE’ sebagai nama kelab mereka yang telah dicadangkan oleh para peminat. Menurut mereka, nama tersebut membawa dua maksud.

Yang pertama ialah sepertimana sebutan, peminat kami merupakan ‘enjin’ yang akan bersama dan menaikkan kami. Yang kedua pula ialah, peminat ialah ‘gen’ kepada ENHYPEN ; bermaksud peminat dan ENHYPEN berkongsi DNA yang sama untuk berhubung, mengenali dan berkembang bersama. Ianya mempunyai maksud yang baik dan mudah untuk disebut juga. Kami juga sudah mula rasa dekat dengan peminat. Kami mengharapkan agar ENGENE dan ENHYPEN boleh menyokong antara satu sama lain dan menjadi satu kumpulan yang kuat! Mari cipta memori yang hebat bersama-sama. – ENHYPEN

Jom kenali ahli-ahli kumpulan ENHYPEN pula:

Heeseung

Nama Pentas : Heeseung (희승)
Nama penuh : Lee Hee Seung (이희승)
Tarikh Lahir : 15/10/2001
Warganegara : Korea Selatan
Solo fandom name : Ace
Posisi : Vocalist, Rapper, Dancer, Center (berdasarkan dari rancangan I-Land)

Fakta menarik mengenai Heeseung

  • Bergelar pelatih di BigHit selama 3 tahun 1 bulan
  • Rapat dan pernah berlatih bersama TXT
  • Punya pengalaman dalam penulisan lagu dan penyusunan lagu

Jay

Nama Pentas : Jay
Nama penuh : Jay Park
Nama Korea : Park Jong Seong (박종성)
Tarikh Lahir : 20/04/2002
Warganegara : Korea Selatan – Amerika Syarikat
Solo fandom name : Blue Jays
Posisi : Dancer, Rapper, Vocalist (berdasarkan dari rancangan I-Land)

Fakta Menarik mengenai Jay :

  • Merupakan pelatih BigHit selama 2 tahun 11 bulan
  • Merupakan anak tunggal kepada CEO Sinar Tours

Jake

Nama Pentas : Jake (제이크)
Nama penuh : Jake Sim (제이크 심)
Nama Korea : Sim Jae Yun (심재윤)
Tarikh Lahir : 15/11/2002
Warganegara : Australia
Solo fandom name : Jakey
Posisi : Dancer, Rapper, Vocalist (berdasarkan dari rancangan I-Land)

Fakta mengenai Jake

  • Jake menjadi pelatih selama 9 bulan
  • Suka bermain bola sepak
  • Mendapat inspirasi untuk bergelar idol selepas menonton konsert BTS

Sunghoon

Nama Pentas : Sunghoon (성훈)
Nama penuh : Park Sung Hoon (박성훈)
Tarikh Lahir : 8/12/2002
Warganegara : Korea Selatan
Solo fandom name : Penguin
Posisi : Dancer, Vocalist (berdasarkan dari rancangan I-Land)

Fakta mengenai Sunghoon

  • Merupakan pelatih BigHit selama 2 tahun 1 bulan
  • Bekas peluncur ais kebangsaan dan pernah memenangi pingat perak kategori junior diperingkat antarabangsa
  • Menamakan diri sendiri sebagai “Ice Prince”

Sunoo

Nama Pentas : Sunoo (선우)
Nama penuh : Kim Sun Oo (김선우)
Tarikh Lahir : 24/06/2003
Warganegara : Korea Selatan
Solo fandom name : Sunshines
Posisi : Vocalist (berdasarkan dari rancangan I-Land)

Fakta mengenai Sunoo

  • Menjadi pelatih selama 10 bulan
  • Merupakan pilihan produser pada episode akhir ‘I-Land’ untuk debut bersama Enhypen

Jungwon

Nama Pentas : Jungwon (정원)
Nama penuh : Yang Jung Won (양정원)
Tarikh Lahir : 9/2/2004
Warganegara : Korea Selatan
Solo fandom name : Edens
Posisi : Vocalist, Dancer (berdasarkan dari rancangan I-Land)

Fakta mengenai Jungwon

  • Menjadi pelatih selama 1 tahun 4 bulan
  • Pernah berlatih di bawah SM dan juga BigHit
  • Pernah menjadi pemain taekwondo yang kompetitif selama empat tahun.

Ni-ki

Nama Pentas : Ni-ki (니키)
Nama penuh : Nishimura Riki (西村リキ)
Tarikh Lahir : 9/12/2005
Warganegara : Jepun
Solo fandom name : Nikitties
Posisi : Main Dancer, Rapper, Maknae (berdasarkan dari rancangan I-Land)

Fakta mengenai Ni-ki

  • Bergelar pelatih selama 8 bulan
  • Ni-ki pernah menjadi ‘backup dancer’ untuk SHINee pada 2016-2017
  • Niki dapat belajar koreografi dengan sangat pantas

Sedikit informasi mengenai kumpulan ini:

  • ENHYPEN bermaksud sama seperti kata hubung ( – ) yang menghubungkan perkataan yang berbeza untuk mencipta makna baru, ahli-ahli ENHYPEN akan saling berhubung, saling mengenali, dan berkembang bersama.
  • Twitter Enhypen mencapai lebih daripada 500k pengikut dalam tempoh 8 jam setelah ia diwujudkan, menjadikan ia satu rekod baru untuk kumpulan rookie. Pencapaian Enhypen ini sekaligus memecahkan rekod yang pernah dipegang oleh kumpulan Treasure.
  • Kini, akaun media sosial milik ENHYPEN melangkaui lebih sejuta pengikutnya Twitter (1.1 Juta), 1.2 juta pengikut Instagram , dan 2.1 juta di TikTok. Di samping itu, platform Weverse yang khusus untuk mereka telah melepasi 3 juta peminat.
  • Heeseung merupakan ahli tertua dalam kumpulan ini, manakala Ni-ki adalah yang termuda. Ramai beranggapan Heeseung akan menjadi ketua kumpulan namun tiada sebarang keputusan muktamad mengenainya lagi
  • Pada penghujung September lepas, ENHYPEN dikerumuni oleh ramai peminat termasuk peminat fanatik atau lebih tepat ‘sasaeng’ ketika berada di Lapangan Terbang Gimpo. Mereka dijadualkan untuk menaiki penerbangan ke Pulau Jeju. Kejadian tersebut sedikit sebanyak memberikan trauma dan ketakutan pada mereka kerana ada segelintir peminat yang bertindak agresif. Ramai peminat mengkritik perilaku sesetengah peminat fanatik yang tidak menghormati privasi ENHYPEN. Pujian perlulah diberikan kepada pengurusan artis kerana pantas bertindak melindungi mereka. Agensi ENHYPEN, BELIFT LAB kemudian mengeluarkan kenyataan berkaitan ‘Notis Etika Peminat’ kepada Weverse (sebuah platform komuniti peminat) yang memperincikan dengan tepat bagaimana peminat ENHYPEN harus bersikap untuk “melindungi hak-hak artis”.

Jika anda ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai ENHYPEN, anda boleh ikuti mereka di akaun rasmi media sosial seperti di bawah :

Twitter: @ENHYPEN / @ENHYPEN_members / @ENHYPEN Official Japan
Instagram: @enhypen
Facebook: @officialENHYPEN
YouTube: ENHYPEN
V-Live: ENHYPEN
TikTok: @enhypen
Weverse: ENHYPEN
Weibo: ENHYPEN 官方微博

Buat peminat Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk turut serta ikuti kelab peminat ENHYPEN tempatan di Twitter. Pelbagai aktiviti menarik disediakan, selain perkongsian informasi dan dapat mengeratkan silaturahim sesama ENGENE.

ENHYPEN Malaysia
Heeseung Malaysia
Jay Malaysia
Jake Sim Malaysia
Sunghoon Malaysia
Sunoo Malaysia
Jungwon Malaysia
Ni-ki Malaysia

Buat ENGENE, sama-sama kita nantikan debut ENHYPEN pada November depan. Penulis sendiri tidak sabar untuk menantikannya. Oh ya, ENHYPEN turut membuka penyertaan ahli kelab rasmi kepada peminat global. Korang boleh dapatkan maklumat mengenainya dengan memuat turun aplikasi Weverse Shop. Yang pasti kumpulan ini juga tidak sabar untuk bertemu dengan peminat yang sentiasa menyokong mereka sejak episode pertama ‘I-Land’. Teruskan menyokong ENHYPEN ya!

Stay tuned for more update!

loading...