Lee Joon Hyuk & Jeon Mi Do diangkat pemenang Best Actor & Best Actress di 2020 Asian Artist Awards

Lee Joon Hyuk dan Jeon Mi Do telah diangkat sebagai pemenang masing-masing bagi kategori Best Actor dan Best Actress di 2020 Asian Artist Awards.

Lee Joon Hyuk yang menerima anugerah itu berkata, “Saya berlakon dua drama tahun ini. Satu 365 dan satu lagi Secret Forest 2. Terima kasih kerana menjadi kesayangan semua termasuklah Jo Seung Woo, Bae Doona, pengarah dan staf terbabit. Saya bertuah kerana diberikan peluang bekerja walaupun keadaan sekarang tak mengizinkan. Nantikan projek saya pula tahun depan.”

Jeon Mi Do, pelakon teater yang menceburi bidang lakonan drama buat pertama kali, menerima anugerah Best Actress itu untuk tvN Hospital Playlist. Terima kasih kepada semua :pengarah, penulis skrip, para pelakon dan staf. Saya rasa anugerah ini untuk sesiapa yang suka pada Cha Song Hwa. Saya akan bekerja keras untuk musim kedua tahun depan.”

2020 Asian Artist Awards berlangsung hari ini dengan TWICE sekali lagi merangkul anugerah Artist of The Year: daesang manakala NCT pula memenangi Album of The Year: daesang.

Sumber: mkstars

loading...