Kim Rae Won dan Shin Se Kyung Bakal Digandingkan dalam “Black Knight”

Pada 30 September yang lalu, menerusi agensi Kim Rae Won iaitu HB Entertainment mendedahkan bahawa pelakon tersebut sedang menimbang tawaran untuk memainkan watak  utama untuk sebuah drama.

Kim Rae Won sedang dalam perbincangan mengenai watak sebagai Moon Soo Ho, iaitu seorang ahli perniagaan muda yang berjaya. Moon Soo Hoo berjaya mengatasi kesuraman zaman remajanya apabila  akhirnya beliau telah menjadi seorang lelaki yang tegas dan kuat.  Setelah mendapat pendidikan sekolah tinggi di Amerika Syarikat dan memilih untuk mengikuti bidang fizik, akhirnya Moon Soo Hoo berjaya menamatkan pengajian bidang perubatannya dan menjadi seorang ahli perniagaan.Walaupun dia boleh tumpul, dia sering melucukan dan lembut, memberikan semuanya apabila dia jatuh cinta.

Agensi Shin Se Kyung, Namoo Actor  menyatakan dia juga sedang  dalam pertimbangan untuk memainkan peranan sebagai watak utama wanita bagi drama ini .

Shin Se Kyung sedang mempertimbangkan peranan sebagai Jung Hae Ra, seorang pekerja di sebuah agensi pelancongan. Dia bekerja dibahagian tempahan penerbangan dan penginapan tetapi tidak pernah menjejakkan kaki ke luar negara. Oleh kerana dia menyara ibu saudaranya yang masih belum berkahwin, Jung Hae Ra selalu berdepan dengan masalah kewangan. Jung Hae Ra adalah seorang gadis yang positif dan pintar. Dia selalu berusaha untuk menjadikan keadaan yang lebih baik, tetapi lama-kelamaan dia merasakan bahawa dia semakin hampir mencapai hadnya.

“Black Knight” terbitan KBS adalah sebuah drama fantasi romantis  yang menceritakan kisah seorang lelaki yang telah membahayakan dirinya  demi  wanita yang dicintainya. Drama ini ditulis oleh Kim In-young (Unkind Ladies dan Man From The Equuator) dan diarahkan oleh PD Han Sang-woo yang sebelumnya bekerja dengan penulis Kim sebagai pengarah bersama untuk drama Man From The Equator. Siri drama ini bakal  disiarkan pada bulan Disember.

info :

  • drama terakhir lakonan Kim Rae Won adalah menerusi drama ‘Doctor’ (2016) di mana beliau bergandingan bersama Park Shin Hye. Manakala Shin Se Kyung  bergandingan dengan Nam Joo Hyuk menerusi drama “The Bride Of God Water”  yang telah ditayangkan sekitar bulan Ogos yang lalu.
  • Kim Rae Won kini sedang sibuk mempromosikan filem thriller misteri lakonannya , RV: Resurrected Victims, yang akan ditayangkan pada 12 Oktober 2017 ini

sumber : Naver1  Naver2 Naver3 Donga

loading...