MCND ungguli 4 kumpulan kpop ‘rookie’ dengan bilangan pengikut TikTok teramai pada tahun 2020, cecah lebih 1 juta orang

Aplikasi TikTok semakin meluas penggunaannya dalam kalangan peminat kpop di Malaysia.

Bilangan pengikut mereka menjadi asbab untuk mengukur sejauh mana populariti yang dikecapi idola kesayangan mereka itu berbanding kumpulan kpop lain.

Dalam banyak-banyak kumpulan kpop yang sudah ‘debut’ setakat ini pada tahun 2020, MCND mendahuluinya dengan 1 juta orang pengikut disusuli dengan CRAVITY dengan 659k orang pengikut, TREASURE dengan 643k orang pengikut, dan AESPA dengan 581k orang pengikut. Agensi MCND, TOP media turut berkongsikan berita gembira itu sambil mendedahkan bilangan pengikut TikTok MCND kini sudah mencecah 1 juta orang.

Peningkatan mendadak pengikut akaun Tiktok MCND adalah disebabkan berbagai-bagai video koreografi yang dimuatnaik oleh mereka dalam masa singkat. Antaranya, video ‘cover’ tarian ‘Back Door’ oleh Stray Kids yang tertular sehingga menerima reaksi yang sangat positif daripada netizen.

Sejak ‘debut’ dengan ‘Ice Age’ pada Februari 2020 lalu, MCND disebut-sebut antara kumpulan kpop terbaik pernah dihasilkan pada tahun 2020. Usaha dan kesungguhan ditunjukkan secara berterusan telah melayakkan mereka merangkul anugerah ‘Best Rookie’ di ‘2020 Soribada Best K-Music Awards’ mengatasi pencabarnya terdekat, CRAVITY. MCND turut dicalonkan untuk menggapai anugerah ‘Best Rookie’ di ‘2020 Mnet Asian Music Awards (MAMA 2020)’ di samping Wei, TOO, TREASURE dan CRAVITY di dalam kategori yang sama.

Info tambahan: Jika dipertimbangkan kemungkinan Enhypen akan ‘debut’ pada 30 November ini, Enhypen akan mendahului senarai ini di hadapan dengan 2 juta orang pengikut telah diraih setakat ini.

Sumber: N/A