BABYMONSTER Pop-Up Store (CHOOM) Kini Rasmi Dibuka di Kuala Lumpur

Pengalaman BABYMONSTER POP-UP STORE pertama di Malaysia akhirnya menjadi kenyataan!

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila BABYMONSTER 3rd MINI ALBUM [춤 (CHOOM)] POP-UP STORE kini rasmi dibuka di Starhill Kuala Lumpur, sekali gus menjadi pop-up store BABYMONSTER yang pertama dianjurkan di Malaysia.

Diinspirasikan daripada mini album ketiga BABYMONSTER, pop-up store ini menawarkan pengalaman istimewa yang menggabungkan muzik, fesyen, barangan rasmi serta budaya fandom dalam satu lokasi.

Sepanjang berlangsungnya acara ini, peminat boleh mendapatkan pelbagai barangan rasmi BABYMONSTER termasuk koleksi eksklusif, item eksklusif Malaysia yang disediakan khas untuk MONSTIEZ tempatan, serta photocard edisi terhad yang didatangkan bersama mesej tulisan tangan daripada setiap ahli BABYMONSTER.

Selain membeli-belah, pelbagai aktiviti turut disediakan untuk memeriahkan pengalaman peminat, antaranya:

  • Blind box merchandise
  • Aktiviti interaktif untuk peminat
  • Message Wall, tempat peminat meninggalkan nota dan mesej khas buat ahli-ahli BABYMONSTER

Menerusi kempen #CHOOMinKL, peminat turut digalakkan berkongsi pengalaman mereka di TikTok dan Instagram menggunakan tanda pagar rasmi #BABYMONSTER dan #CHOOMinKL.

Peminat boleh menyertai kempen ini dengan:

  • Mengunjungi pop-up store dan merakam foto atau video
  • Berkongsi pembelian merchandise serta photocard mereka
  • Menyertai aktiviti di lokasi termasuk photo zone
  • Memuat naik pengalaman menggunakan tanda pagar rasmi kempen

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, peserta terpilih turut berpeluang membawa pulang merchandise bundle eksklusif serta photocard sebagai ganjaran.

Penganjuran pop-up store ini membuktikan pengaruh K-pop yang terus berkembang di Malaysia, selain menghargai sokongan padu daripada MONSTIEZ tempatan dan peminat BABYMONSTER di rantau ini.

Bagi peminat yang tidak berkesempatan hadir, merchandise terpilih turut boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi WeHive Global.

Maklumat Acara

BABYMONSTER 3rd MINI ALBUM [춤 (CHOOM)] POP-UP STORE IN KUALA LUMPUR

📍 Lokasi: Starhill Kuala Lumpur
📅 Tarikh: 20 Jun 2026 – 8 Julai 2026
🕙 Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam

Untuk maklumat lanjut serta pembelian merchandise secara dalam talian, layari: https://choom.wehive.global/

Pop-up store ini dianjurkan oleh WeHive Global dengan kerjasama YG Entertainment.