Tamat khidmat tentera Disember depan, Lee Jong Suk bakal muncul sebagai ‘cameo’ dalam filem “Witch 2”

Nampaknya Lee Jong Suk sudah pun punya agenda untuk bertemu dengan peminat selepas tamat khidmat tenteranya yang dijadualkan pada Disember depan.

Pada 24 November, agensi Lee Jong Suk, A-Man Entertainment telah pun mengesahkan laporan pelbagai media dengan menyatakan, “Lee Jong Suk ditawarkan watak penampilan istimewa dalam filem sekuel terbaru pengarah Park Hoon Jung iaitu ‘Witch 2’.” Mereka turut menambah, “Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada Lee Jong Suk akan menyertai filem tersebut serta mengenai projek terbarunya selepas mencapai keputusan muktamad mengenai tawaran yang ditawarkan kepadanya.”

Terdahulu, actor tersebut pernah bekerjasama dengan Park Hoon Jung dalam filem hitnya iaitu ‘VIP‘ pada tahun 2017. Aktor itu juga pernah ditawarkan watak untuk bintangi filem “The Witch: Part 1. The Subversion,” tetapi  dia terpaksa menolak kerana terikat dengan komitmen untuk menyertai khidmat tentera yang ketika itu masih belum ada keputusan muktamad. Mengenangkan perhubungan antara Lee Jong Suk dan PD Park Hoon Jung,  kemungkinan besar dia akan bersetuju untuk menerima tawaran tersebut sementelah telah menolak untuk tawaran pertama dahulu.

Lee Jong Suk yang kini masih lagi berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan awam, dijangka akan tamat khidmat tenteranya sekitar 31 Disember depan. Menurut  A-Man Entertainment lagi, “Usai tamat khidmat tentera, Lee Jong Suk akan kembali meneruskan aktiviti lakonan dan menemui para penonton serta peminat menerusi projek-projek terbarunya.”

Sementara itu, ‘Witch 2’ merupakan sekuel kepada filem ‘Witch’ yang juga telah diarahkan oleh PD Park Hoon Jung pada 2018 yang dibintangi Kim Da Mi dan Choi Woo Sik. The Witch ‘adalah sebuah filem aksi mengenai kisah watak misteri yang muncul di hadapan Ja Yoon (Kim Da-mi), seorang pelajar sekolah menengah yang telah kehilangan semua memorinya setelah melarikan diri dari kemalangan misteri di mana terdapat banyak kematian ketika itu. Pada saat ia ditayangkan, file mini berjaya  menarik 3.18 juta penonton dan melakar popularity tersendiri.

Biarpun sekadar kemunculan istimewa atau cameo, sudah pasti para peminat Lee Jong Suk tidak sabar untuk menyaksikan penampilan terkini actor tersebut selepas projek drama terakhirnya pada 2019 iaitu “Romance is a bonus book”.

Sumber : star.mk | imbc | sedaily

loading...