‘Back Door’ Stray Kids, satu-satunya lagu kpop disenaraikan di antara 10 Lagu Terbaik Tahun 2020 oleh TIME

Tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya berbaki 37 hari lagi.

Namun, majalah TIME yang pernah mengangkat nama BTS dan Blackpink di persada dunia sebelum ini, kali ini mengiktiraf lagu ‘Back Door’ nyanyian Stray Kids sebagai lagu terbaik pernah dihasilkan pada tahun 2020 ini. ‘Back Door’ menjadi satu-satunya lagu kpop yang tersenarai.

Menurut TIME, lagu ‘Back Door’ itu dipilih kerana mengetengahkan irama pop kontemporari yang hampir mustahil didengari di Korea sekarang.

“Tiada satu pun aliran muzik digubah secara berlebihan, seolah-olah keseniannya seperti Frankenstein yang begitu menarik dan merumitkan. Terdapat dering udara yang agak penuh dramatik, kelicinan hentian rehat R&Bnya, selingan bunyi jazz, perangkap korus serta rentak elektronik yang akan menaikkan suasana kemeriahan di dalam festival dan selalunya didengari di kelab-kelab ‘underground’. Sukar untuk tidak terpukau dengan keindahannya,” tulis TIME menilai kehebatan di sebalik lagu itu.

Pemilihan ‘Back Door’ oleh Stray Kids agak mengejutkan peminat kpop rata-ratanya memandangkan lagu-lagu berbahasa Korea sepenuhnya seperti ‘On’ oleh BTS dan ‘How You Like That’ oleh Blackpink antara yang popular dan berjaya meraih kedudukan tertinggi di carta Billboard Hot 100 pada tahun 2020. ‘Back Door’ yang merupakan single dimuatkan sekali di dalam album ‘repackaged’ ‘Go Live!’ berjudul IN pada September 2020 lalu dengan lagu ‘God’s Menu’ dijadikan sebagai single utama, adalah gubahan sepenuhnya oleh 3Racha (Bang Chan, Changbin dan Han Ji Sung) bersama Hot Sauce.

Ia turut disenaraikan sekali bersama “7 Summers” oleh Morgan Wallen, “Long Road Home” oleh Oneohtrix Point Never, “Uwrongo” oleh Prince Kaybee, Shimza, Black Motion, Ami Faku, “Think About Things” oleh Daoi Freyr, “Good News” oleh Mac Miller, “Little Nokia” oleh Bree Runway, “Yo Perreo Sola” remix oleh Bad Bunny, Ivy Queen dan Nesi, “WAP” oleh Cardi B feat. Megan Thee Stallion, serta “People I’ve Been Sad” oleh Christine dan the Queens di dalam majalah tersebut.

Sumber: TIME

loading...