Penggambaran jtbc Snowdrop ditangguhkan gara-gara seorang krew didapati kontak rapat dengan pesakit Covid-19

Penggambaran drama jtbc Snowdrop lakonan Jisoo Blackpink dan Jung Hae In terpaksa dihentikan sementara berikutan salah orang krew didapati mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Jurucakap rasmi jtbc yang mengesahkan berita itu berkata, “Penggambaran telah ditangguhkan sejak 23 haribulan semalam. Bukan kerana ada kes positif, tetapi kerana kami mempunyai kontak rapat dengan orang berkenaan. Jadi, penggambaran dihentikan serta-merta.”

Baca lagi: 3 Sebab Kenapa Drama Romantik jtbc Snowdrop Lakonan Jisoo Blackpink & Jung Hae In ini Sangat Ditunggu-tunggu Peminat

jtbc ‘Snowdrop’ diadaptasikan daripada kisah memoir seorang pelarian dari Korea Utara yang mencerobohi asrama perempuan universiti terkemuka di Korea Selatan untuk melindungi dirinya sendiri. Drama ini akan menemui penonton pada pertengahan awal tahun 2021 depan.

Sumber: mk star

loading...