Drama web popular ‘To My Star’ kini boleh ditonton dalam bentuk filem untuk terbitan Netflix di seluruh dunia

May be an image of 2 people and text

Drama web popular, ‘To My Star’ akan dicantumkan dalam bentuk filem untuk terbitan Netflix di seluruh dunia.

Menurut kenyataan rasmi daripada Energetic Company (H&CO) pada 17 Feb 2021 hari ini, versi filem ‘To My Star’ akan menjengah penonton Netflix di seluruh dunia pada 5 Mac 2021 depan. Drama ini berjumlah 9 episod dengan 15 minit bagi setiap satunya. Setelah dicantumkan dalam bentuk filem, maka filem ‘To My Star’ akan berdurasi lebih kurang 2 jam 15 minit keseluruhannya.

‘To My Star’ berkisarkan tentang dua orang lelaki daripada yang kerjaya berbeza, tukang masak dan penyanyi superstar terjatuh cinta sesama sendiri setelah tinggal bersama. Ia dibintangi oleh pelakon utama, Song Woo Hyun dan Kim Kang Min sebagai pasangan bercinta selain Jinkwon Newkidd yang bertindak sebagai pelakon pembantu.

Ia merupakan arahan ketiga pengarah Hwang Da Seul selepas kejayaan drama kedua arahannya, ‘Where Your Eyes Linger’ , juga bergenrekan ‘yaoi’ yang turut didambai peminat kdrama sebelum ini.

Sumber: newsis

loading...