Mnet jamin pampasan diberikan; Baekho NUEST lega keputusan didedahkan & Seong Hyunwoo mohon maaf kerana jadi mangsa

Berikutan pendedahan nama dua belas bekas pelatih yang dinafikan hak kemenangannya gara-gara undian mereka dimanipulasikan, Mnet memaklumkan bahawa proses pampasan kepada bekas pelatih yang tertindas akan dibuat dengan kadar segera.

Mnet turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mana-mana bekas pelatih dan keluarga mereka yang terluka dengan isu manipulasi undian tersebut.

Agensi Baekho NUEST, Lee Kaeun dan Seong Hyung Woo LIMITLESS kemudiannya memberikan kenyataan balas mereka mengenainya.

Jurucakap Pledis Entertainment yang mewakili Baekho NUEST berkata, “Kami lega pencerahan dibuat bahawa manipulasi undian itu ternyata berlaku. Kami akan berhati-hati dengan Mnet kelak.”

Ditanya samada Baekho sudah menerima pampasannya, Pledis Entertainment menyatakan mereka belum lagi menerima apa-apa kontrak pampasan daripada Mnet. Malah, khabar angin yang mengatakan Baekho mahu disingkirkan atas permintaan penyanyi itu juga adalah palsu semata-mata berikutan namanya juga tersenarai antara 12 bekas pelatih tersebut.

Baca lagi: [Gempar] Inilah 12 bekas pelatih siri Produce 101 yang dinafikan hak kemenangan gara-gara manipulasi undian

Lee Kaeun, bekas pelatih Produce 101 musim ketiga, belum mahu mengulas lanjut tentang keciciran namanya yang sepatutnya tersenarai dalam IZONE walaupun sudah dimaklumkan oleh agensinya.

Seong Hyung Woo LIMITLESS pula memohon maaf kerana tersungkur jatuh akibat manipulasi undian yang dibuat. “Apabila peluang diberikan untuk aku menyertainya, aku begitu terdesak, aku mahu tonjolkan persembahan dengan penuh sempurna dan aku juga mahu tunjukkan muka aku lebih kerap. Begitulah aku pada masa itu.,” katanya.

“..dan aku betul-betul minta maaf. Aku puas hati aku memang buat yang terbaik sehingga peluang aku dinafikan. Aku berharap kalian dapat menyokong aktiviti aku daripada terus memikirkannya,” tambahnya dalam sepucuk surat dimuatnaik di dalam media sosial.

Mahkamah mensabitkan hukuman penjara selama 2 tahun dan denda 47 juta won (~RM137,113) terhadap producer Mnet, Ahn Joon Young serta hukuman penjara selama 20 tahun terhadap Kim Yong Bum kerana terbukti bersalah dalam memanipulasikan undian semasa program realiti tv Mnet Produce 101 berlangsung.

Sumber: tf, money today, mk news

loading...