PD Ahn Joon Young turut terlibat manipulasi undian bagi musim 1 & 2 siri “Produce 101”

Bukan sahaja IZ*ONE dan X1 yang menjadi mangsa kerakusan PD Ahn Joon Young, nampaknya I.O.I dan Wanna One juga terlibat sama biarpun kedua kumpulan tersebut telah dibubarkan.

Pada 14 November, Bahagian siasatan siber Agensi Polis Metropolitan Seoul telah mengemukakan PD Ahn Joon Young  dan ketua penerbit Kim Yong Bum kepada pendakwaraya dengan syor untuk didakwa atas penipuan, pecah amanah dengan mengambil rasuah, dan melangga Akta Penanganan dan Graft yang Tidak Benar (Improper Solicitation and Graft Act).

Baca juga : Ahn Joon Young akhirnya mengaku bersalah manipulasi undian “Produce 48” dan “Produce X 101”

Selain daripada PD Ahn Joon Young dan CP Kim Young Bum, pihak polis turut kemukakan lapan lagi individu kepada pihak pendakwaraya atas dakwaan menghalang perniagaan. Dua daripada mereka telah dikemukakan dengan syor tiada dakwaan dikenakan. Apabila ditanya samada dia mengaku manipulasi undian itu, PD Ahn Joon Young menjawab, “Saya minta maaf,” sebelum memasuki kereta yang akan menuju ke pejabat pendakwaraya.

Ketika sesi soal jawab yang terdahulu, PD Ahn Joon Young mengaku telah manipulasi hasil undian bagi “Produce X 101” dan  “Produce 48” sahaja. Bagaimanapun, menurut laporan, pihak polis telah mengesahkan bahawa  team produksi turut memanipulasi undian untuk dua musim pertama siri “Produce 1″.  Menurut pihak polis, pasukan penyiasatan siber Agensi Polis Metropolitan Seoul mendapati perbezaan antara jumlah undi yang didedahkan pada episod akhir dengan data asal (raw) yang menunjukkan undi sebenar yang dihantar oleh penonton.

SPOTV melaporkan bahawa PD Ahn Joon Young sebahagiannya mengakui telah memanipulasi kedudukan peserta untuk musim pertama dan kedua siri “Produce 101.”

Sumber daripada polis mendedahkan, “Disebabkan kes ini mendapat perhatian umum, kami merancang untuk menyiasat dengan lebih terperinci dan telus terhadap suspek yang masih kekal.” Polis juga mengesyaki aktiviti yang sama turut dilakukan bagi rancangan “Idol School.”

Sumber : Naver | SportalKoreaKoreaDaily

loading...