[Gempar] Inilah 12 bekas pelatih siri Produce 101 yang dinafikan hak kemenangan gara-gara manipulasi undian

Sewaktu mahkamah mensabitkan hukuman penjara selama 2 tahun dan denda 47 juta won (~RM137,113) terhadap producer Mnet, Ahn Joon Young serta hukuman penjara selama 20 tahun terhadap Kim Yong Bum, mahkamah mendedahkan 12 bekas pelatih siri Produce 101 yang telah dinafikan hak kemenangan gara-gara manipulasi undian.

Berikut adalah nama-nama mereka yang disingkirkan tanpa belas kasihan.

Produce 101 Musim Pertama (2016) – I.O.I

  1. Kim Suhyun daripada Mystic Entertainment yang dikeluarkan dalam pusingan pertama. Beliau kini sedang menceburi bidang lakonan dan drama lakonannya termasuklah KBS Just Dance.

2. Seo Hye Lin daripada SS Entertainment yang dikeluarkan dalam pusingan pertama.

Produce 101 Musim Kedua (2017) – Wanna One

  1. Seong Hyunwoo daripada The Vibe Label yang disingkirkan dalam pusingan pertama. Seong Hyunwoo kini aktif kumpulan kpop LIMITLESS bersama dengan Jang Moon Bok.

2. Kang Dongho daripada Pledis Entertainment yang disingkirkan dalam pusingan terakhir sebelum Wanna One ditubuhkan. Kang Dong Ho yang menggunakan nama “Baekho” ini kini aktif bersama NUEST yang turut menampilkan bekas ahli Wanna One, Hwang Minhyun.

Produce 48, Musim Ketiga (2018) – IZONE

  1. Lee Gaeun daripada Pledis Entertainment yang tersenggol dalam pusingan akhir sejurus sebelum IZONE ditubuhkan. Gaeun merupakan bekas ahli After School sebelum menyertai Produce 48. Nama beliau pernah disebut-sebut sebagai bekas pelatih yang dinafikan hak kemenangan oleh wartawan kpop terkemuka, Jeff Benjamin berikutan undiannya yang pernah konsisten berada dalam top 8 sebelum akhirnya tersingkir.

2. Han So Won daripada Cube Entertainment juga tersenggol dalam pusingan akhir sejurus sebelum IZONE ditubuhkan. Tiada maklumat lanjut tentang kerjaya nyanyian terkininya, namun beliau membintangi filem berjudul Bad Guys untuk tahun 2020 ini.

Produce X 101, Musim Keempat (2019) – X1

  1. Anzardi Timothee daripada ESteem Entertainment tersingkir dalam pusingan pertama. Beliau merupakan model kacak kacukan Perancis dan Korea.

2. Kim Kook Heon daripada Music Works tersenggol dalam pusingan ketiga.  Beliau merupakan bekas ahli MYTEEN sebelum menyertai Produce X 101 dan kini aktif bersama kumpulan duo kpop, B.O.Y bersama dengan Song Yuvin.

3. Lee Jin Woo daripada Maroo Entertainment yang dibuangkan dalam pusingan ketiga.  Sebelum menyertai Produce X 101, beliau merupakan bekas ahli TEEN TEEN dan kini aktif bersama Ghost9.

Lebih lanjut : https://www.facebook.com/kmaniamy/posts/1491225267935125

4. Koo Jungmo daripada Starship Entertainment yang disingkirkan dalam pusingan akhir. Beliau kini aktif bersama kumpulan kpop baru, CRAVITY yang kini disebut-sebut akan menjulang anugerah Rookie of The Year. Dua orang bekas ahli X1, Kang Minhee dan Song Hyeon Jun juga bersama dengan Koo Jungmo di dalam CRAVITY.

5. Keum Donghyun daripada C9 Entertainment yang dikeluarkan dalam pusingan akhir. Beliau kini menceburi bidang lakonan dengan drama pertama lakonannya ialah The Best Mistake musim ke-2.

6. Lee Jin Hyuk daripada TOP Media yang dikeluarkan dalam pusingan akhir. Beliau pernah disebut-sebut sebagai bekas pelatih yang dinafikan hak kemenangan oleh beberapa pengkritik disebabkan aura dimilikinya dan popularitinya yang mencanak naik sebaik saja Produce X 101 melabuhkan tirainya. Walaupun beliau masih lagi ahli UP10TION bersama Kim Woo Seok yakni bekas ahli X1, Lee Jin Hyuk kini lebih berminat bergerak secara solo baik menyanyi, mengacara mahupun berlakon. Dua album solo telah dikeluarkan olehnya ialah S.O.L dan Splash!. Dan juga, antara drama lakonannya termasuklah MBC Find Me In Your Memory dan KBS Dear.M yang akan ditayangkan tak lama lagi.

Lebih lanjut: https://www.facebook.com/kmaniamy/posts/1397020407355612/

loading...