Hwanhee, anak mendiang Choi Jin Sil, akan debut sebagai penyanyi menjelang dua hari saja lagi

Choi Hwan Hee (19 tahun) mengotakan janjinya untuk mengikuti jejak mendiang ibunya menceburi industri hiburan.

Hwan Hee memetik nama ‘Z.flat’ untuk panggilan buat dirinya kelak. “Nota muzik bermula dari A hingga G. ‘Z.Flat’ ialah kod yang memang tak wujud pun. Ini bermakna saya akan hasilkan muzik yang tiada di dunia ini lagi. Saya akan berkerja kuat selaku pemuzik bebas,” katanya menjelaskan maksud di sebalik nama ‘Z.Flat’ itu.

Album single pertamanya, ‘Designer’ nanti adalah hasil gubahan Hwanhee bersama dengan produser muzik popular dari YG, iaitu Robin. Robin pernah membantu menghasilkan lagu-lagu popular seperti ‘200%’ oleh AKMU, , ‘I promise’ oleh Wanna One, serta ‘GAME’ oleh Super Junior sebelum ini.

‘Designer’ akan dilancarkan bermula jam 6 petang, pada 20 November 2020.

Sumber: heraldpop

loading...