3 Sebab Kenapa Mesti Tonton drama jtbc “Live On” lakonan Hwang Min Hyun NUEST, Jung Da Bin & Byungchan VICTON

Drama jtbc Live On mendatangkan harapan buat peminat kdrama berikutan ia bakal menjadi drama pertama lakonan Hwang Minhyun, selaku ahli kumpulan kpop popular, NUEST dan juga bekas ahli Wanna One.

jtbc Live On ialah sebuah drama romantik berlatarbelakangkan kelab media penyiaran yang ditubuhkan di Sekolah Menengah Tinggi Seo Yeon. Jung Da Bin akan memegang watak Baek Ho Rang, pempengaruh media sosial (“influencer”) yang menyertai kelab media penyiaran di bawah kendalian Go Eun Taek dengan motif tertentu iaitu mencari seseorang yang mahu mendedahkan rahsia peribadinya. Hwang Min Hyun pula bakal memegang watak Go Eun-Taek, seorang yang begitu mementingkan kesempurnaan dan begitu tegas dalam melaksanakan tugas.

Episod pertama jtbc Live On boleh ditonton menerusi iQiyi bermula malam  18 November 2020 atau cenel ASTRO Go 396 Kplus Asia sehari selepas tayangan di Korea, setiap Rabu dan Khamis, jam 8 malam.

Sebelum ini, mari lihat apakah yang membuatkan drama ini menarik?

1. Drama lakonan pertama Hwang Minhyun NUEST & Byungchan VICTON

Selepas disebut-sebut antara idol yang seharuskan menjebakkan diri mereka di dalam bidang lakonan drama, kini tiba masanya untuk Hwang Minhyun pula untuk berbuat demikian. Memiliki rupa paras jambu cair persis “face genius” seperti Cha Eun Woo ASTRO, Ro Woon SF9, dan Park Ji Hoon, sudah semestinya ramai tidak sabar untuk menjamukan mata mereka demi menghayati keindahan raut wajah seorang manusia bernama Minhyun.

Drama ini juga akan menampilkan Byungchan VICTON untuk lakonannya buat pertama kali sebagai kawan baik Baek Ho Rang. Adakah Byungchan mampu menjadi pesaing buat Minhyun untuk merebut wanita dikasihinya itu kelak lalu mencetuskan sindrom “2nd lead” sekali lagi? Sama-sama kita saksikan kelak.

2. Arahan pengarah tersohor PD Kim Sang Yub

Jika ramai masih lagi teringat akan drama MBC Extraordinary You lakonan Ro Woon SF9 sebelum ini, inilah projek terbaru arahan beliau. MBC Extraordinary You pernah memaparkan beberapa adegan intimasi yang sangat memukau mata penonton, begitu juga dengan jtbc Live On yang akan bersiaran tak lama lagi. PD Kim Sang Yub dikenali sebagai pengarah yang mampu mengorak kemampuan yang dimiliki oleh pelakon di bawah arahannya itu, menjadi pelakon serba boleh atau versatil seperti dilakukan ke atas Ro Woon dengan watak Haru sebelum ini.

3. Cinta romantik berputik kerana mahu menyimpan rahsia terpendam di hati

Baek Ho Rang menyertai kelab media penyiaran di sekolahnya untuk menutup kisah silam yang bakal didedahkan oleh seorang tukang adu. Dalam mencari pengadunya, Baek Ho Rang mahu menyembunyikannya daripada pengetahuan sesiapa saja termasuklah lelaki yang akan menaruh hati kepadanya, Go Eun Taek. Sewaktu ditemubual untuk dibawa masuk ke dalam kelab itu, Ji So Hyun (lakonan Yang He Ji) selaku naib presiden kelab bersama presidennya, Go Eun Taek pernah cuba untuk menyelongkar motif di sebalik penyertaannya setelah mendatangkan syak wasangka kepada mereka berikutan status dirinya selaku pelajar no.1 di sekolah mereka, namun dikatakan telah menerimanya dengan syarat.

Bak kata penulis skrip Bang Yoo Jung, “Mencari identiti pengadu yang cuba menembak harimau (Baek Ho Rang) adalah sesuatu yang menarik untuk ditonton.”

Hwang Minhyun, Jung Da Bin dan lain-lain dalam satu sidang media drama jtbc Live On pada 17 November 2020.

Sumber: hankookilbo

loading...