Kim Hyun Joong menang kes mahkamah terhadap tuntutan saman difailkan oleh ibu kandung anaknya

Mahkamah Persekutuan Korea hari ini, 12 November 2020 membatalkan rayuan tuntutan saman yang difailkan oleh plantif, bekas teman wanita kepada Kim Hyun Joong.

Hakim Noh Tae Ak sebaliknya mengurniakan Kim Hyun Joong dengan pampasan sebanyak 100 juta won (~RM371,133) yang akan dibayar sepenuhnya oleh plantif.

Terdahulu, bekas teman wanita kepada Kim Hyun Joong itu, A membuat aduan mendakwa dirinya dipukul oleh Kim Hyun Joong pada Ogos 2014 sehingga menyebabkan dirinya menderita selama 6 minggu akibat patah gigi. Rundingan kemudian menyebabkan Kim Hyun Joong bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar 600 juta won (~RM2.23 juta) kepada A sekiranya A menarik balik aduan. Kim Hyun Joong kemudiannya didenda mahkamah sebanyak 5 juta won (~RM18,548) kerana mengakibatkan kecederaan.

Selang beberapa bulan kemudian pada April 2015, A kembali menfailkan saman terhadap Kim Hyun Joong mendakwa dirinya sekali lagi dibantai oleh Kim Hyun Joong. “Aku terpaksa menggugurkan anak kerana dibantai oleh Kim Hyun Joong,” katanya. Kim Hyun Joong memfaikan tuntutan saman balas mendakwa A sengaja mengabaikan perjanjian mereka dan membuta-tuli menyebarkan maklumat palsu.

Ketika tuntutan saman itu dibahaskan di mahkamah, A melahirkan seorang anak lelaki, yakni anak kandung kepada Kim Hyun Joong pada September 2015. A mendakwa dia terpaksa membesarkan anak lelaki mereka keseorangan.

Bagaimanapun setelah meneliti segala bukti yang didedahkan, mahkamah mendapati A sengaja memanipulasikan keterangan serta bukti-bukti selain menyebarkan maklumat palsu kepada para wartawan. “Tiada bukti keguguran plantif adalah disebabkan oleh hamil kali kedua, maka tuduhan terhadap defendan adalah palsu semata-mata. Aduan itu dibuat adalah untuk melindungi dirinya berbanding untuk menuntutnya atas sebab difitnah.” Mahkamah juga tidak menolak kemungkinan wujudnya penipuan.

Kim Hyun Joong baru saja membuat kemunculan semula dengan album terbaru, A Bell of Blessing pada 19 Oktober 2020 lalu. Lagu nyanyian pelakon KBS Boys Over Flowers itu boleh ditonton di bawah.

Sumber: mk

loading...