Undian 2018 Asia Artist Awards kini dibuka. Jom undi artis kegemaran anda!

Undian untuk Anugerah Artis Asia 2018 (2018 Asia Artist Awards) secara rasminya dibuka hari ini. 2018 Asia Artist Awards adalah sebuah majlis anugerah bagi menghargai pencapaian cemerlang dan sumbangan diperingkat antarabangsa oleh artis Asia menerusi televisyen, filem dan juga muzik. Anugerah ini akan diadakan pada 28 November (Rabu)depan, bertempat di Namdong Arena, Incheon. Setakat ini, Wanna One dan iKON adalah antara artis yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke malam anugerah tersebut.

2018 Asia Artist Award akan menampilkan Leeteuk Super Junior Leeteuk dan pelakon Lee Sung Kyung sebagai pengacara majlis terbut. akan menjadi MC utama. Para calon yang bertanding serta pemilihan para pemenang bagi 2018 Asia Artist Award adalah berdasarkan data undian peminat di seluruh dunia. Pengundian bagi Anugerah Populariti telah bermula hari ini, 20 September, sekitar jam 10.00 pagi tadi.

Ianya terbahagi kepada tiga kategori iaitu Muzik/Penyanyi, Pelakon Lelaki dan juga Pelakon Wanita. Memandangkan pemenang bagi kategor popular berdasarkan undian, maka kadar penyertaan yang tinggi telahpun dijangka. Tahun lepas menyaksikan D.O (EXO), kumpulan EXO dan YoonA telah memenangi kategori tersebut (. Adakah kali ini mereka akan melakar kemenangan buat kali kedua?

Anda yang meminati seni hiburan Korea boleh mengundi calon kegemaran anda. Mudah sahaja.

Pertama : pergi ke laman rasmi 2018 Asia Artist Award

Kedua : Daftar masuk menggunakan salah satu dari enam pilihan yang diberikan

Ketiga : Klik pada dua kotak tersebut (Term and  Privacy Policy) dan anda boleh mula mengundi.

Nota:

  • Anda ada lima peluang untuk mengundi sehari bagi tiap-tiap kategori.
  • Cari artis kegemaran anda menerusi setiap kategori
  • Klik button artis pilihan anda untuk mengundi mereka
  • Jumlah keseluruhan undian dan peratus undian akan dikemaskini setiap 5 minit

Sebahagian daripada pencalonan bagi kategori Muzik/Penyanyi

Sebahagian daripada pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki

Sebahagian daripada pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita

Jadi, pilihan ditangan anda. Bagi kategori popular ini, undian dibuka mulai 20 September sehingga 12 Oktober depan. Undilah pilihan kegemaran anda sekerap yang anda inginkan anda dan selamat mengundi. Sebelum itu, jom tengok senarai pemenang 2017 Asia Artist Awards

Sumber : Naver | AAA

loading...