Pengedar video lucah kanak-kanak tersohor dibebaskan untuk hadapi perbicaraan selanjutnya di Korea

Waran tangkapan yang dikeluarkan untuk menahan Son Jong Woo, telah dinafikan Mahkamah Tengah Seoul pada 9 November 2020 selepas mengambil kira keinginan tertuduh untuk bekerjasama di dalam siasatan polis dan tiada sebab untuknya melupuskan bukti.

Son Jong Woo telah mengendalikan sebuah laman web lucah kanak-kanak, Welcome to Video yang mengandungi 250,000 video (8 terabite) bernilai 400 million won (~RM1.48 juta) dan telah pun dijualkan kepada lebih 4,000 orang di dalam laman web hitam (“darknet”) sepanjang 2 tahun 8 bulan laman web itu beroperasi bermula Julai 2015. Video lucah kanak-kanak itu meliputi bayi sekecil 6 bulan.

Tertuduh dikenali sebagai antara pengedar laman web lucah kanak-kanak terbesar pernah didedahkan oleh media. Sekian lama dahulu, seorang pelajar Malaysia, Nur Fitri juga pernah didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan terlibat sebagai salah seorang pengedar dalam kes yang berasingan.

Son Jong Woo dikehendaki oleh Interpol dan polis Amerika Syarikat setelah mahkamah Amerika Syarikat menjatuhkan hukuman terhadapnya di atas sembilan tuduhan, termasuklah menyebarkan dan mengiklankan bahan pornografi kanak-kanak selain terbabit di dalam pengubahan matawang. Walaubagaimanapun, tindakan pantas daripada ayah tertuduh yang mengadu ke pihak polis tempatan di atas pendakwaan yang sama sejurus dimaklumkan bahawa beliau bakal ditangkap nanti, telah berjaya mengelakkan tertuduh diekstradisikan ke Amerika Syarikat.

Son Jong Woo akan menghadapi perbicaraan selanjutnya di Mahkamah Tengah Seoul.

Sumber: korea herald

loading...