SEVENTEEN tolak sertai konsert awal tahun anjuran Big Hit bersama Weverse

SEVENTEEN tidak berada di dalam senarai artis di bawah naungan Big Hit yang akan menyertai konsert awal tahun ‘2021 New Years Eve Live’ anjuran Weverse bersama Big Hit.

Menurut kenyataan rasmi daripada Pledis Ent., SEVENTEEN telah terisi jadualnya pada hari tersebut, maka mereka tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan komitmen berkenaan semata-mata untuk menghadiri konsert awal tahun itu.

Konsert awal tahun itu akan berlangsung pada 31 Disember 2020 secara atas talian dan juga luar talian sebolehnya mampu dinikmati oleh ratusan ribu peminat kpop di seluruh dunia, seperti yang diumumkan oleh Big Hit sebelum ini.

Setakat ini, NU’EST, Enhypen, TXT dan Gfriend disahkan akan hadir manakala BTS belum menyatakan kesudian mereka untuk menyertainya.

Sumber: money today

loading...