Song Hye Kyo dicanang-canang bakal sertai drama terbaru ‘Now, We Are Breaking Up’ selepas 2 tahun mendiamkan diri

Song Hye Kyo sedang meneliti tawaran lakonan untuk drama ‘Now, We Are Breaking Up’ yang dahulunya pernah ditawarkan kepada Soo Ae. Kedua-dua Soo Ae dan Yoo Teo telah menolak drama ini sebelum ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Agensi UAA mengesahkan menerima tawaran itu sambil berkata, “Ya, salah satu projek ditawarkan kepada Song Hye Kyo”. Jika Song Hye Kyo menerima tawaran ini, dia akan membawakan watak Ha Young Eun yang berusia 38 tahun, seorang wanita yang berkeyakinan tinggi dan suka berdikari; serta mengetuai bahagian pereka disebuah syarikat label fesyen. Dia digambarkan seorang yang dingin, pintar dan mengutamakan keselamatan dalam segenap perkara. Namun disebabkan kerjayanya sebagai pereka fesyen, dia sentiasa membawa dirinya mengikut perkembangan terkini dan memastikan badannya sentiasa ‘fit’. Oleh disebabkan itu, Ha Young Eun sentiasa kelihatan muda dan cantik.

‘Now, We’re Breaking Up’ yang berkisarkan tentang pasangan yang berpisah ini akan mendapat sentuhan dari sutradara Lee Gil Bok, yang sebelum ini mengarahkan drama ‘My Love from the Star‘, ‘Vagabond‘, dan ‘Dr. Romantic‘. Manakala skripnya akan dihasilkan oleh Je In yang sebelum ini menghasilkan naskhah bagi drama ‘Misty’.

Kali terakhir Song Hye Kyo berlakon drama adalah menerusi tvN Encounter bersama dengan Park Bo Gum.

Sumber: money today

loading...