Heroin sedang dicari untuk berlakon di samping Kim Yo Han di dalam KBS School 2021

Ura-ura mengatakan KBS School 2020 akan dibatalkan terus tidak menjadi kenyataan apabila pihak produksi memberikan lampu hijau untuk drama itu diteruskan dan bakal ditayangkan menjelang pertengahan tahun hadapan.

Judul drama telah diubahkan kepada School 2021 dan bukan lagi berdasarkan adaptasi novel asal ‘Oh, My Men!’. Malah, jalan ceritanya juga adalah garapan penulis skripnya sendiri dengan karakter yang berbeza perwatakannya. Kim Yo Han dikatakan telah bersetuju untuk menjadi pelakon utama sekali lagi selepas pernah dikecewakan dengan pembatalan drama itu secara tiba-tiba sebelum ini. Pembatalan itu adalah dipercayai berpunca daripada kontroversi pengguguran pelakon Ahn Seo Hyun secara tiba-tiba dan digantikan pula dengan tawaran lakonan yang belum pasti ke atas Kim Sae Ron yang kemudiannya dilaporkan telah menolaknya.

Versi “School 2021” yang telah dibatalkan sebelum ini. Dari kiri: Kim Yo Han, Eun Soo WJSN dan Kim Sae Ron

Dalam versi “School 2020”, Kim Yo Han akan membawakan watak Kim Tae Jin, bekas atlet taekwondo yang telah memenangi pingat gangsa kategori junior ketika mewakili Festival Sukan Kebangsaan Korea. Setelah berdepan kecederaan dibuku lali dan kegagalan perniagaan ayahnya, Kim Tae Jin berhenti dari sukan taekwondo serta ditukarkan ke sekolah vokasional. Walaupun tindak tanduk serta percakapannya seperti orang dewasa, dia sebenarnya seorang pelajar yang baik yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan gadis kesukaannya. Bagaimanapun untuk versi “School 2021” pula, tiada maklumat yang dapat mensahihkan sama ada Kim Yo Han akan tetap jua melakonkan watak yang sama tapi dengan nama berbeza.

Baca lagi: Yeo Hoe Hyun, Kim Yo Han, So Ju Yeon setuju digandingkan untuk adaptasi terbaru drama China popular, ‘A Love So Beautiful’

Sementara itu, selain menyibukkan diri dengan aktiviti kumpulan kpop baru ditubuhkan bulan lepas Oktober 2020, WEi, Kim Yo Han juga kini sedang menjalani penggambaran untuk drama adaptasi tanah besar popular, “A Love So Beautiful”.

Sumber: sport chosun

loading...