[Gempar] Jihyo TWICE & Kang Daniel sudah putus cinta!

Hubungan cinta yang terbina lebih setahun tiga bulan di antara selebriti kpop tersohor, Jihyo TWICE dan Kang Daniel terlerai jua akhirnya.

Menurut Dispatch, alasan perpisahan tersebut dikaitkan dengan anggapan kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing. “Kedua-duanya ada matlamat hidup masing-masing. Seorang sibuk dengan penghasilan album, akibatnya mereka tak selalu berjumpa,” kata salah orang rakan mereka yang terdekat.

“Sekarang ini kerja lebih penting,” kata sumber tersebut. Agensi JYP sedang dihubungi untuk memeriksa kesahihan berita tersebut.

Baca lagi: Jihyo TWICE & Kang Daniel dilihat sedondon mengenakan pic merah jambu, tapi peminat pula ‘respon’ sebaliknya

TWICE kini sedang mempromosikan album studio penuh terbarunya, “Eyes Wide Open” dan sudah pun memulakan gerak langkah untuk mempromosikan single terbaru di Jepun.

Berita perpisahan mereka itu bagaimanapun telah mendatangkan kelegaan kepada segelintir peminat Kang Daniel. Sebelum ini, gosip cinta kedua-duanya terdedah apabila beberapa gambar mereka keluar berdua-duaan disebarkan oleh Dispatch. Kedua-dua kemudiannya mengaku mereka sedang dilamun cinta sejurus selepas itu, namun menerima reaksi negatif rata-ratanya daripada peminat Kang Daniel.

Sumber: dispatch, money today

 

loading...