Suga BTS akan direhatkan daripada segala aktiviti menjelang pelancaran album terbaru mereka, BE pada 20 November 2020 ini.
“Suga baru saja menjalani pembedahan menjahit semula kecederaan otot labrium yang terletak di bahunya pada 3 Nov kelmarin. Disebabkan Suga mahu berada dalam keadaan sihat sebelum menyertai khidmat ketenteraan, maka dia pun bersetuju untuk membuat pembedahan tersebut. Mengambil saranan doktor untuk menjalani rawatan terapi sehingga pulih sepenuhnya, maka Suga tidak dapat temui peminat ketika pelancaran album itu nanti. Mohon maaf kerana bimbangkan peminat sekalian.” – Big Hit
Suga pernah mengadu kesakitan pada bahunya sejak mengalami kemalangan pada lapan tahun lalu sehinggalah pada tahun lepas dia telah dikesan menghidapi kekoyakan pada otot bahu kirinya. Dedahnya lagi, Suga akan berasa sakit sekiranya dia cuba meluruskan bahunya ke atas.
“Walaupun gejalanya tidak teruk, namun ia menjadikan Suga tidak selesa untuk beraksi di atas pentas,” kata jurucakap agensi itu.
Sumber: yna