“Heechul tak dapat hadir kerana terpaksa kuarantin” – Lee Teuk Super Junior

Majlis sambutan lima belas tahun Super Junior (Suju) hari ini berlalu dengan ketiadaan Kim Hee Chul di sisi mereka.

Ketiadaannya mendatangkan tanda tanya buat peminat berikutan wujud desas-desus yang mengatakan Heechul akan meninggalkan Super Junior tak lama lagi walaupun sudah dinafikan oleh empunya diri. Bagaimanapun, jawapan daripada Leeteuk hari ini turut menyangkal dakwaan itu lalu menjelaskan sebab ketiadaan Heechul.

“Hari ini kami menyambut ulang tahun kelima belas Suju di dalam industri. Malangnya, Heechul tidak dibenarkan untuk hadir bersama,” kata Leeteuk menerusi Naver Live TV SM Town.

“Dia sudah pun menjalani ujian setelah berada berdekatan dengan seseorang yang disahkan positif Covid-19. Oleh itu, dia tak dapat hadir hari ini kerana terpaksa kuarantin diri sendiri seperti disarankan,” ujarnya lagi. Difahamkan, Heechul tidak mengalami petanda dijangkiti Covid-19, namun beliau disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan wabak virus itu.

Sempena meraikannya, Super Junior mengeluarkan single terbaru berjudul “Melody” untuk tatapan peminat.

Sumber: ytn

loading...