Ibarat macam cerita ‘Gone Girl’, bukti CCTV pula dedah Kang Ji Hwan seolah-olah dimanipulasikan mangsa sebaik saja disabitkan hukuman pergantungan penjara hari ini

Pada hari ini, mahkamah persekutuan telah mengekalkan keputusan mahkamah tinggi yang menyabitkan Kang Ji Hwan di atas kesalahan cubaan rogol dengan hukuman pergantungan penjara selama tiga tahun. Kang Ji Hwan hanya perlu berkelakuan baik dalam tempoh 3 tahun itu, jika tidak, beliau akan dipenjara.

Baca lagi: [Gempar] Kang Ji Hwan ditangkap polis sewaktu tengah ‘sedap’ merogol mangsa ; Panggilan kecemasan gagal berfungsi, mangsa rogol Kang Ji Hwan gagahi diri hubungi rakan sebaliknya

Setelah menolak rayuan Kang Ji Hwan, hakim berkata, “Daripada siasatan awal ke perbicaraan, testimoni mangsa bahawa dia dipaksa adalah konsisten dan bertepatan dengan kelakuan tertuduh serta perasaan mangsa”.

Menjelang keputusan mahkamah persekutuan yang bakal disampaikan hari ini, netizen dihidangkan pula bukti CCTV yang seakan-akan menunjukkan kisah lain disebalik kejadian tersebut.  Dalam CCTV tersebut, Kang Ji Hwan dilihat sedang makan bersama dengan staf setelah menjalani penggambaran drama (merujuk kepada Joseon Survival) pada sekitar jam 2 pagi 9 Julai 2019.

Kemudian, Kang Ji Hwan didatangi oleh enam orang, termasuklah rakan pelakon, dua orang jurumekap, pengurus dan dua mangsa berkenaan untuk minum bersama. Pada jam 12:33 tengah hari, mereka turun ke bawah untuk minum. Kelihatan pada waktu ini, Kang Ji Hwan memberikan sampul surat berisikan duit kepada salah seorang mangsa A sehingga membuatkan A terharu.

Kemudian, dua orang mangsa itu dilihat keluar sekejap dan membawa masuk bagasi mereka ke dalam rumah Kang Ji Hwan. Sekitar jam 2.22 petang, hanya tinggal Kang Ji Hwan dan dua orang mangsa itu saja di rumahnya. Kedua-dua mangsa dilihat membuat “High 5” bersama dan kemudiannya menemani Kang Ji Hwan untuk minum bersama.

Sekitar jam 3 petang, Kang Ji Hwan yang tengah kemabukan dibawa ke kolam renang berhampiran dengan mangsa B menukar seluar pendek Kang Ji Hwan dan mangsa A pula mengenakan seluar pendek sendiri. A dan B kemudiannya mengusung Kang Ji Hwan yang tengah tidak sedar diri ke dalam biliknya di tingkat 3 sehingga jam 6 petang. Kedua-dua mangsa dilihat turun sekejap dan memerahkan baju mereka yang kebasahan sebelum kembali semula ke bilik Kang Ji Hwan di mana beliau sedang nyenyak tidur.

Selepas itu, kedua-duanya pun mandi dan hanya memakai T-Shirt beserta seluar dalam saja. Sebaik saja melihat kandungan isi kandungan sampul surat itu, mereka kembali semula ke bilik tidur Kang Ji Hwan. Sekitar jam 8.13 malam, Kang Ji Hwan dilihat turun ke tingkat dua untuk mencari telefon bimbitnya. Kemudian, beliau berjalan ke ruang tamu dan minum air.

Sekitar jam 8.30 malam, waktu yang disangka berlaku kejadian perlakuan seksual berkenaan, wajah Kang Ji Hwan pula tidak kelihatan di dalam CCTV itu. Kang Ji Hwan dilihat hanya muncul sekitar jam 9.34 malam kemudian, yang ketika itu sedang menggoreng gitarnya sebelum terlena kemudian.

Bagaimanapun, menurut siasatan polis sebelum ini, polis yang tiba di depan rumah Kang Ji Hwan selepas menerima aduan daripada rakan mangsa nyata terkejut apabila mendapati Kang Ji Hwan masih sedang menyetubuhi A yang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Polis terus menahan pelakon tersebut. Ujian dadah kemudian menunjukkan keputusannya negatif lalu menyebabkan netizen tertanya-tanya tentang perbuatan Kang Ji Hwan yang mereka tidak fahami. Malah netizen turut dimaklumkan bahawa Kang Ji Hwan sebenarnya telah membuat pengakuan bersalah walaupun tidak ingat apa-apa pada masa itu.

https://kmaniamy.com/wp-content/uploads/2019/07/kangjihwan5.jpg

Ketika perbicaraan mahkamah kali ketiga, kandungan mesej Kakaotalk antara mangsa dan kenalan mereka didedahkan menunjukkan kejadian itu sepatutnya berlaku sekitar 8.30 hingga 9.41 malam, namun kelibat Kang Ji Hwan tidak kelihatan langsung melakukan perbuatan salah laku seksual tersebut. Lebih memburukkan lagi, kesan air mani Kang Ji Hwan tidak dijumpai di dalam tubuh badan mangsa A yang mendakwa dirinya dirogol berdasarkan kenyataannya, “Kang Ji Hwan sentuh faraj saya dan masukkan jari ke dalamnya.” Jika dipertimbangkan situasi tersebut, saksi yang berada di situ mungkin polis yang menyerbu rumah Kang Ji Hwan, mangsa B serta kenalan mangsa.

Berikutan pendedahan CCTV tersebut, sekumpulan netizen membuat petisyen ke Blue House untuk membersihkan nama Kang Ji Hwan semula dengan memetik alasan bahawa Kang Ji Hwan sebenarnya telah dimanipulasikan untuk menjadi pesalah. Meskipun petisyen dinaikkan, ia mungkin sukar untuk mengetepikan sabitan mahkamah ke atasnya memandangkan ianya telah pun dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan, dan sudah pasti mahkamah pun telah mempertimbangkan bukti-bukti tersebut.

Sumber: enews , sport chosun

loading...