Kang Ji Hwan mengaku bersalah kerana merogol, bakal dihukum penjara melebihi 3 tahun

Kang Ji Hwan mengaku bersalah di atas kesemua tuduhan rogol ke atasnya.

“Aku menerima kesemua tuduhan tersebut dan memohon maaf kepada mangsa yang menderita akibat kesalahanku yang tak bermoral ini,” kata Kang Ji Hwan seperti yang direkod setelah polis menahannya selama lebih 48 jam dengan sokongan waran tangkapan dikeluarkan mahkamah sebelum itu.

“Aku meminta maaf kerana buatkan kalian bimbang. Aku dengan ikhlasnya akan menebus kesalahanku ini dengan apa saja hukuman,” tambahnya lagi.

Kang Ji Hwan telah ditahan pada 14 Julai 2019 setelah polis mendapati dirinya merogol salah seorang mangsa dan mencabul kehormatan yang lain. Ketika dibawa untuk disoal-siasat di bawah Akta Khas Jenayah Seksual, Kang Ji Hwan tidak mengubah sebarang kenyataannya yang mana beliau tetap mengatakan tidak ingat apa-apa lantaran dalam keadaan mabuk. Walaubagaimanapun, mungkin selepas dinasihati peguamnya, beliau akhirnya membuat pengakuan bersalah.

Sekiranya Kang Ji Hwan disabitkan bersalah oleh mahkamah nanti, beliau bakal berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga tiga tahun untuk kesalahan rogol pertama dan selebihnya untuk kesalahan mencabul kehormatan mangsa.

Sumber: news1 , sport seoul , ytn

loading...