IZONE di ambang pembubaran dalam masa 5 bulan saja lagi, lapor media Jepun

IZONE di dalam proses untuk pembubaran menjelang lima bulan saja lagi setelah kontrak masing-masing bakal berakhir.

Menurut daebak dan Nikkan Sports, IZONE akan melancarkan album bergambar berjudul “SPECIAL SURPR * IZ” pada 10 Mac 2021, iaitu keluaran terakhir mereka untuk peminat di Jepun, sebulan sebelum mereka terbubar sepenuhnya. Album bergambar berkenaan dijangka akan mengandungi gambar-gambar ahli IZONE sedang menikmati daging BBQ dan menyaksikan bunga api bersama berdekatan dengan rumah yang disewa oleh mereka.

IZONE ialah kumpulan kpop yang terhasil daripada Mnet Produce 48 pada tahun 2018 dan dianggotai oleh 12 orang dengan tiga orang daripadanya ialah rakyat Jepun. Walaupun krew produksi Mnet dikecam kerana kontroversi manipulasi undian, IZONE tidak menerima tempias  sebaliknya kontrak mereka masih kekal bernyawa selagi tempoh dua tahun 6 bulan ini belum berakhir. Namun begitu, setakat ini , Off The Record dan Swing Ent. belum lagi menunjukkan tanda-tanda untuk memanjangkan tempoh kontrak mereka bersama IZONE, menyebabkan sekiranya kontrak mereka berakhir, masing-masing akan kembali semula ke agensi mereka terdahulu.

Baca lagi: IZONE pecah lagi rekod kumpulan kpop wanita paling laris jualan albumnya di Korea untuk tahun 2020

Sepanjang IZONE aktif berkarya di Korea dan Jepun, mereka telah mencipta kejayaan menggunung dengan meraih jumlah jualan album terkumpul yang sangat tinggi hampir mencecah 1 juta unit. Malah, mereka juga melakarkan kejayaan di negeri matahari terbit itu baru-baru ini apabila album ‘Twelve’ berjaya meraih jualan melebihi 135,000 unit.

Sumber: daebak, money S

loading...