Rancangan ‘Kingdom’ Mnet sedang hadapi kemungkinan untuk dibatalkan

Image may contain: 10 people, text

Rancangan survival terbaru Mnet, “Kingdom” sedang menghadapi kemungkinan untuk dibatalkan pelancarannya disebabkan beberapa isu dalaman yang tak dapat diselesaikan.

“Kingdom” merupakan program susulan kepada “Road To Kingdom” yang mana The Boyz pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan, akan bertanding sebagai salah satu calon bagi mengekalkan gelaran raja kpop tersebut. Idea “Kingdom” ini adalah untuk membolehkan kumpulan-kumpulan kpop popular masa kini bersaing sesama sendiri secara sihat di bawah satu pentas terkemuka.

Bagaimanapun, menurut laporan IS Plus, usaha pihak produksi untuk mendapatkan kumpulan-kumpulan kpop berkenaan menemui kegagalan berikutan format pertandingan tersebut yang berkehendakkan struktur barisan setiap kumpulan dirombak semula dan disatukan atas kelompok terbaru, dikatakan membebankan agensi dan idol-idol yang dibawa untuk bertanding.

Mnet juga dikritik netizen di atas keputusan mereka membawa TOO bertanding ke dalam ‘Road To Kingdom’ walaupun kumpulan itu baru saja beberapa minggu ‘debut’ dan dikatakan tidak berpengalaman berbanding kumpulan-kumpulan kpop lain.

Malah, khabar angin turut mengatakan CJ ENM sedang mengutamakan kumpulan-kumpulan kpop sedia ada yang dikatakan mempunyai konflik kepentingan dengan syarikat itu pada masa lalu. Hal ini kerana prestasi ‘Road To Kingdom’  dikatakan tidak sehebat ‘Queendom’ dalam mendapatkan perhatian daripada penonton melainkan kekuatan sokongan daripada kelab peminat tersendiri saja.

Menurut seorang jurucakap sumber berkenaan yang dipetik berkata, “Suatu hari nanti, tiada lagi orang berkata tentang ‘Kingdom’. Ya, kami telah memutuskan agak sukar untuk melakukannya pada tahun ini.”

Sumber: IS Plus

loading...