Lisa atau nama sebenarnya, Lalisa Manoban diiktiraf sebagai ahli Blackpink yang terkaya sekali menurut portal ibtimes.
Lisa (23 tahun) yang berasal dari daerah Buriram, Thailand ini merupakan penari terunggung buat kumpulan tersebut. Di tanah kelahirannya sendiri, penyanyi ini terlalu popular dan seringkali terpilih sebagai duta produk tempatan. Beliau turut menjadi duta untuk jenama Prada dan Celine. Hasilnya, kekayaannya dianggarkan sebanyak 10 juta USD (~RM 41.57 juta).
Manakala kekayaan Jisoo, Jennie dan Rose pula dianggarkan sekitar 9 juta USD (RM 37.41 juta) setiap seorang. Di antara mereka, Jennie lebih dikenali di negara kelahirannya dan memulakan aktiviti nyanyian solo sejak tahun 2018 menerusi lagu hit, ‘Solo’. Jennie menjadi duta untuk jenama Chanel, Calvin Klein dan Adidas serta memiliki rangkaian perniagaan cermin mata sendiri dinamakan sebagai “Jentle Home”.
Blackpink telah pun mengeluarkan album studio penuh pertama mereka, “Blackpink The Album”. Album “Blackpink The Album” ini mencatatkan kejayaan berganda buat Blackpink di Korea apabila meraih 689,066 unit di dalam seminggu menurut Hanteo, meletakkannya di hadapan untuk kumpulan kpop perempuan terlaris di Korea pada tahun 2020 dan terlaris sepanjang lebih dua dekad. Malah kejayaan mereka tak terhenti di situ saja apabila “Blackpink The Album” turut meraih jualan melebihi 100k unit di Amerika Syarikat, meletakkan mereka di kedudukan no.2 di dalam carta Billboard 200. Dengan jualan melebihi 1 juta unit juga diraih di China menurut QQ Music, “Blackpink The Album” telah melakarkan jumlah jualan sekurang-kurangnya 2 juta unit di seluruh dunia.
Sumber: ibtimes