Kini giliran Jungkook & Jin BTS pula kirimkan peminat “surat cinta”

Image may contain: 2 people, closeup, text that says '#DEAR_ARMY Dear ARMY Dear ARMY Special Postcards from BTS OARMY FROM_B'

Sesudah Taehyung, Jimin dan Namjoon mengirimkan surat cinta kepada peminat mereka, kini giliran Jungkook dan Seok Jin pula berbuat demikian.

Isi kandungan surat tersebut dikongsikan menerusi laman twitter rasmi BTS sebentar tadi.

Kedua-duanya dilaporkan menukilkan, “Aku tertunggu hari di mana kita (ARMY) akan bertemu lagi dan aku akan catit apa saja ingin ditanya bila kita ketemu sekali lagi. Harap-harap korang dapat mesej ini.”

Manakala secara bersendirian pula, Jungkook berkata, “Aku mula sedari menari dan menyanyi di konsert, menjadi sebab untuk aku wujud di hadapan ARMY. ARMY, apa yang korang ingat tentang BTS dalam hidup korang?”

“Setelah bekerja kuat, aku mula berehat tapi bukan kerana kami sengaja (pilih). Tapi, sekarang aku jadi lebih bersemangat. ARMY, jangan lupa berehat jika korang terlalu sibuk. Apa hari paling bahagia dalam hidup korang?,” tanya Seokjin pula mengingatkan peminat mereka supaya sentiasa berehat.

Berikutan ‘surat cinta’ yang dikongsikan oleh dua ahli BTS itu pula, tanda pagar #To_BTS , #Dear_Army dan #From_BTS #jinkook  mula diulangkicau merata di laman sosial twitter dan menjadi sohor kini. Kempen tersebut diperhebatkan bagi mempromosikan album studio terbaru BTS, Be yang akan keluar menjelang 20 November 2020 ini.

Sumber: twitter rasmi BTS

loading...