Model Bae Jung Nam sertai drama Kim Eun Sook, tvN Mr Sunshine

Gambar dikreditkan pada star.mk

Bae Jung Nam dikhabarkan akan membintangi drama terbaru nukilan Kim Eun Sook, tvN Mr Sunshine yang turut menggandingkan Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Kim Sa rang, Byun Yo Han dan Yoo Yeon Sok.

Menurut laporan yang dikeluarkan pihak penyiar tadi, Bae Jung Nam sudah pun menghadiri sesi pembacaan skrip bersama pelakon lain. Ini merupakan drama pertama lakonannya sejak SBS Dream pada tahun 2009 setelah aktif selama ini berkecimpung sebagai model dan juga perfileman.

Dalam respon terhadap penyenaraian namanya, Bae Jung Nam berkata , “Saya mahu lakonankan watak yang orang ingat sampai bila-bila walaupun ia bukannya watak utama.” Sebagai rekod, Kim Eun Sook tak pernah menghampakan lagi impian pelakon-pelakon yang membintangi drama nukilannya. Nama mereka pasti mekar dan dikenali seluruh dunia walaupun hanya sekadar watak pembantu. Contohnya, Lee Dong Wook (‘Goblin’) , Yook Sung Jae (‘Goblin’)  dan Jin Goo (‘Descendants of The Sun’).

Mr. Sunshine berkisarkan tentang cerita seorang budak secara tak sengaja menaiki kapal perang menuju ke Amerika Syarikat semasa peristiwa bersejarah Shinmei Yang pada tahun 1871. Budak tersebut membesar dan ditempatkan di Joseon sebagai askar Amerika Syarikat.

Lebih memilukan hati lagi, berlakunya konflik percintaan melibatkan pilihan ibubapa angkat Mr. Sunshine yang mahukan Mr Sunshine mengahwini wanita pilihan mereka iaitu pewaris hotel  di korea yang baru saja kehilangan suami. Mendiang suaminya merupakan seorang hartawan tua keturunan Jepun barangkali,  yang dikahwinkan awal oleh ayahnya kerana mahukan dia bahagia di bawah pemerintahan Jepun. Watak wanita ini akan dilakonkan oleh Kim Sarang.

Mr. Sunshine sebaliknya mencintai anak perempuan kepada seorang aristokrat korea daripada keturunan keluarga Go, yang dilakonkan oleh Kim Tae Ri semasa beliau ditempatkan ke Joseon. Kim Tae Ri juga menjadi rebutan orang gaji rumahnya, dilakonkan oleh Yoo Yeon Sok. Ia sekaligus akan menjadikan konflik cinta empat segi antara Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Sok dan Kim Sarang.

tvN Mr Sunshine yang diarahkan oleh PD Lee Eun Book akan menemui penonton  pada awal tahun 2018.

Sumber: sport.mk

loading...