Taehyung, Jimin & Namjoon BTS seru peminat balas ‘surat cinta’ mereka

Image may contain: 3 people, closeup

Taehyung, Jimin dan Namjoon masing-masing menuliskan surat ditujukan kepada peminat mereka.

Isi kandungan surat tersebut dikongsikan menerusi laman twitter rasmi BTS sebentar tadi.

Taehyung dilaporkan berkata, “Ada ketika aku sedang menggubah muzik, aku rasa tersekat. Apabila aku jumpa ARMY, setiap kali ianya berlaku. ARMY, bila korang saya paling bahagia? Apakah momen yang buatkan korang pergi sambil terungkap, “Aku tersangat gembira sekarang”? (Selain daripada lagu kami).”

Manakala Namjoon pula yang lebih terbuka dalam meluahkan isihatinya. “Momen paling bahagia padaku ialah bukan sesuatu yang sangat hebat, tapi apabila aku membuka mataku melihat langit cerah di waktu pagi, apabila aku mengayuh basikal, menghidu bayu musim dingin. ARMY, bilakah korang terasa paling bahagia dalam hidup?,” tanya Namjoon.

Akhir sekali, Jimin pula berkata, ” Aku rindukan semua yang menyayangi aku seperti sekarang. ARMY, apakah yang membuatkan korang bahagia di dalam hidup, dan bilakah korang berada di sisi kami?.

Lantaran ‘surat cinta’ yang dikongsikan oleh tiga orang ahli BTS itu, tanda pagar #To_BTS , #Dear_Army dan #From_BTS diulangkicau merata di laman sosial twitter dan menjadi sohor kini. Rata-rata peminat telahpun membalas surat cinta mereka besertakan poskad yang dimuatnaik.

Sumber: twitter rasmi BTS

loading...