Shotaro buat netizen terus menggila walaupun baru saja ‘debut’ bersama NCT

Image may contain: 1 person

Shotaro, ahli NCT daripada subunit NCT U yang baru saja diberi peluang ‘debut’ untuk album “NCT 2020 Resonance Pt. 1”, telah memukau perhatian peminat dengan persembahan tarian yang bukan saja cukup sempurna, malah penuh mengasyikkan.

Pemerhati muzik turut memuji kehebatan Shotaro menari apabila penyanyi itu dilihat begitu mudah menggerakkan lehernya tanpa cacat lela sambil mempamerkan langkah tarian dengan penuh tersusun rapi. Walaupun baru saja tampil buat pertama kali di atas pentas untuk persembahan “music show”, Shotaro kelihatan langsung tidak gugup.

Video Youtube persembahannya telah meraih jumlah tontonan melebihi 1.3 juta dalam masa tiga saja sejak dilancarkan menerusi laman rasmi Mnet selain menjana 112, 000 tanda suka dan 8,900 komen. Ia sesuatu pencapaian mengagumkan buat artis Kpop yang baru berjinak-jinak di dalam industri seni. Kesannya, peminat menggelarkan persembahan debut ‘Shotaro itu sebagai ‘Mencerobohi Show’ yakni bermaksud ‘Shotaro sudah mencerobohi hati mereka’ di samping gelaran ‘Shotaro Junghae’ yang bermaksud, ‘Shotaro yang dihargai.’

Shotaro, atau nama sebenarnya, Osaki Shotaro merupakan penyanyi berbangsa Jepun yang berasal dari Kanagawa. Sebelum menyertai SM Entertainment, Shotaro sememangnya sudah dikenali sebagai ahli kumpulan kelab penari professional di Jepun.

Sumber: heraldpop

loading...