Ko Hyun Jung menjadi musuh ketat Park Shin Yang dalam KBS Neighboorhood Lawyer Jo Deul Ho 2 ?

Nampaknya, keputusan diambil untuk berundur daripada drama ‘Return’  dan lagi diugut dengan saman tidak mematahkan semangat Ko Hyun Jung untuk kembali ke dalam industri drama korea. Beliau telah pun menerima tawaran lakonan untuk membintangi drama sekuel kepada KBS Neighborhood Lawyer Jo Deul Ho bersama Park Shin Yang yang turut mendapatkan khidmat Han Sang Woo sebagai sutradaranya. Han Sang Woo merupakan PD yang terkenal dengan drama KBS Man From The Equator, KBS Naeil’s Cantabile dan KBS Black Night sebelum ini.

Siri pertama KBS Neighborhood Lawyer Jo Deul Ho berkisarkan tentang seorang bekas pendakwaraya yang menjadi gelandangan bernama Jo Deul Ho (Park Shin Yang) tetapi bangkit semula menjadi peguam setelah melihat kegigihan seorang peguam muda Lee Eun Zo (Kang So Ra) cuba menyelesaikan kes. Gandingan mereka berdua telah berjaya memenangi beberapa kes berprofil tinggi sehingga menaikkan semula nama Jo Deul Ho dalam kalangan peguam yang digeruni.

Park Shin Yang kekal memegang watak sebagai Jo Deul Ho  yang terpaksa membiarkan lesen guamannya ditarik balik disebabkan tekanan daripada syarikat guaman berpengaruh. Manakala Ko Hyun Jung pula sebagai Im Jung Hee, seorang yang mengubah identiti untuk membalas dendam. Im Jung Hee  hidup menjual sashimi di pasar pagi Jagalgi Busan. Di sebalik identitinya sebenar, beliau menyimpan rahsia yang mungkin digunakan untuk ‘menembak’ musuhnya di kemudian hari.  Tak pasti apa hubungan antara Jo Deung Ho dan Im Jeung Hee, tapi  dikatakan masing-masing akan mempergunakan satu sama lain. Mungkinkah Ko Hyun Jung akan membawakan watak antagonis seperti ditunggu-tunggu oleh peminatnya selama ini? Buat peminat drama korea sejak tahun 200-an lagi, Ko Hyun Jung tak asing dalam melakonkan watak jahat yang begitu mantap sekali seperti dilakukannya sebagai Lady Mishil di dalam SBS Queen Seon Dok.

Ini juga kali pertama Ko Hyun Jung dan Park Shin Yang akan bergandingan sama di dalam satu drama setelah beberapa produksi drama korea cuba menyatukan mereka pada suatu masa dulu di atas permintaan tinggi daripada penonton. Ko Hyun Jung dan Park Shin Yang pernah mendapat bayaran tertinggi sekitar tahun 2005-2010 menjadikan mereka pelakon termahal di atas lakonan mengujakan masing-masing di dalam SBS Queen Seon Dok dan SBS The Painter of The Wind. Walaupun mereka pernah bersama-sama belajar di Dongguk University dan berkawan baik sejak daripada itu, tetapi kedua-duanya tak pernah bekerja di dalam satu produksi sama. Gandingan mereka pastinya akan membuatkan penonton drama korea teruja.

Sekuel kepada KBS Neighborhood Lawyer Jo Deul Hoini akan ditayangkan pada awal Januari 2019 pada slot mingguan yang belum ditentukan lagi.

Sumber: hankyung ,i , sport donga1sport donga2, OSEN

 

loading...