Dituduh pukul budak OKU pekak, Youngjae GOT7 mengaku pernah bergaduh dulu tapi bukan seteruk seperti didakwa

Image may contain: 1 person, closeup

Berhubung dakwaan Youngjae GOT7 pernah memukul budak OKU pekak, JYP tampil memberikan keterangan lanjut mengenainya.

“Selepas diperiksa dengan Youngjae, kami dapati memang dia pernah bergaduh secara fizikal dengan rakan sekelasnya. Malah, mereka juga tak pernah berbaik lagi selepas itu. Tapi, saya dengar dakwaan netizen itu tidak benar sama sekali,” kata jurucakap JYP.

“Ada orang kata netizen cuba hubungi kami dengan email tapi kami tak pernah menerima satupun sehingga sekarang. Kami cuba berhubung dengan netizen itu untuk dapatkan perincian lanjut mengenainya tapi belum lagi berhasil setakat ini, ” tambah jurucakap itu lagi.

Pada sebelah pagi 21 Oktober 2020, seorang netizen yang mengaku dirinya OKU yang pekak dan lembam, serta pernah duduk sekelas dengan Youngjae di Mokpo Technical High School selama dua tahun, mendakwa pernah dibuli oleh Youngjae GOT7. “Youngjae memukul dan mencuri barang aku tanpa sebab. Adakalanya, dia peras duit aku untuk beli makanan tengah hari,” dakwa netizen itu.

Youngjae lahir pada 1996 dan kini berusia 24 tahun. Selain aktif sebagai penyanyi kumpulan kpop GOT7, Youngjae juga akan membintangi drama Netflix So Not Worth It.

Sumber: edaily

loading...