Di ambang hari penyertaan ke dalam khidmat ketenteraan, Chen EXO tulis surat terbuka ditujukan buat peminat

Image may contain: 1 person, text and closeup

Chen EXO telah mengutuskan surat terbuka ditujukan buat peminatnya menjelang beberapa hari sebelum menyertai khidmat ketenteraan secara rasmi pada 26 Oktober 2020.

“Kehangatan musim panas sudah berlalu dengan sekelip mata saja, musim luruh pula menjelma. Tujuan saya tulis pada kalian adalah untuk memaklumkan bahawa saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kerana bakal menyertai latihan ketenteraan pada 26 Oktober ini,” kata Chen Exo.

Tambahnya lagi, “Saya akan berbuat saja untuk menunaikan tanggungjawab dalam keadaan fizikal dan mental yang baik, supaya saya dapat tunjukkan peningkatan sebaik saja kembali. Pada masa itu, saya harap kalian berada dalam keadaan sihat seperti sekarang. Saya begitu terharu dan saya sayangkan kalian.” Dengan kemasukan Chen atau nama sebenarnya, Kim Jong Dae ke dalam ‘military service’, ia menjadikannya sebagai ahli keempat berbuat demikian selepas Xiumin, Do Kyung Soo dan Suho.

Beberapa bulan lalu, Chen mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan sudah berkahwin dengan seseorang dan telah pun memiliki anak perempuan hasil hubungan dengan gadis tersebut. Chen turut mengeluarkan single ‘Hello’ buat tatapan peminat sejak 15 Oktober 2020.

 

Sumber: donga

loading...