Netflix siarkan dokumentari BLACKPINK: LIGHT UP THE SKY pada 14 Oktober ini

Netflix akan mengeluarkan sebuah dokumentari mengenai kumpulan K-Pop wanita yang kini semakin meniti populariti mereka iaitu Blackpink. “BLACKPINK: LIGHT UP THE SKY” menampilkan wawancara dengan setiap anggota kumpulan tersebut iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa mengenai perjalanan mereka saat dari mula mereka debut sehingga menjadi bintang global. Dokumentari ini akan ditayangkan pada 14 Oktober depan menerusi platform streaming netflix.com/BlackpinkLightUpTheSky

Sinopsis

BlackPink- LIGHT UP THE SKY (L to R) JISOO, ROSÉ, JENNIE and LISA from BlackPink- LIGHT UP THE SKY. Courtesy YG / Netflix © 2020

Sejak debut pada bulan Ogos 2016, BLACKPINK telah menjadi kumpulan K-pop wanita dengan carta tertinggi sepanjang masa dengan muzik inovatif mereka, video muzik yang menarik dan konsep fesyen yang trending diinternet. BLACKPINK: LIGHT UP THE SKY menyajikan momen yang belum pernah dilihat sebelum ini oleh fandom global BLACKPINK – yang dikenali sebagai “BLINK”.

Dokumentari yang diarahkan oleh Caroline Suh (Netflix’s “Salt, Fat, Acid, Heat”), akan menerokai kisah empat orang ahli BLACKPINK:

Jisoo, unnie yang pintar (“kakak long”) dan juga lucu;

Jennie, yang mempunyai persona yang berbeza di atas pentas sebagai rapper dengan sifat lembutnya;

Rosé, dari Australia kini menjadi seorang penyanyi dan penulis lagu; dan

Lisa, ratu menari yang keperibadiannya tidak pernah berjaya membuat rakan-rakannya ketawa.

BlackPink- LIGHT UP THE SKY (L to R) LISA, JISOO, ROSÉ and JENNIE from BlackPink- LIGHT UP THE SKY. Courtesy of NETFLIX/Netflix © 2020

Ketika BLACKPINK terus mencapai tahap baru dalam karier mereka – dari siri jelajah dunia yang mana tiketnya habis terjual hingga menjadi kumpulan wanita Korea pertama yang tampil di Coachella – setiap ahli merenung kembali jatuh bangun, suka duka serta perjalanan mereka yang panjang dan mencabar sehingga akhirnya mampu melakar kejayaan di seluruh dunia. BLACKPINK: LIGHT UP THE SKY mengungkapkan sisi mereka berempat yang tidak dapat difahami, namun terus menjadi kekuatan utama dalam memperluaskan populariti K-pop, membuktikan bahawa muzik tidak mengenal sempadan atau perbezaan bahasa.

BlackPink- LIGHT UP THE SKY (L to R) LISA, JENNIE, JISOO and ROSÉ from BlackPink- LIGHT UP THE SKY. Courtesy of NETFLIX/Netflix © 2020

Informasi mengenai filem ini :

LAUNCH DATE: October 14, 2020
DIRECTOR: Caroline Suh
PRODUCER: Cara Mones
EXECUTIVE PRODUCERS: Jon Kamen, Dave Sirulnick, Zara Duffy, Bokyung Hwang, John Janick, TEDDY, Joojong Joe, Jeremy Erlich
PRODUCTION COMPANY: A RadicalMedia Production

Pada Selasa, 6 Oktober, Netflix telah berkongsikan teaser pertama BLACKPINK: LIGHT UP THE SKY. Jom saksikannya

Pada awal bulan ini, Blackpink telah merilis album studio sulung mereka (berbahasa Korea) ‘The Album’. Album tersebut turut menampilkan single hit ‘How You Like That’, serta lagu kolaborasi dengan Selena Gomez (‘Ice Cream’) dan Cardi B (‘Bet You Wanna’). Selain itu, mereka juga tampil untuk trek lagu ‘Sour Candy’ di album terbaru Lady Gaga Chromatica pada awal tahun 2020.

Untuk makluman, Blackpink mula menapak selepas beberapa single mereka menjadi yang hit dan masih mendapat tempat sehingga ke hari ini. Antaranya “Boombayah” (2016), “Ddu-Du Ddu-Du” (2018), “Kill This Love” (2019) dan “Kiss and Make Up” (duet bersama Dua Lipa untuk album Dua Lipa: Complete Edition pada 2018).

Pada peminat Blackpink, BLINKs, jangan lupa untuk saksikan siri original dokumentari BLACKPINK: LIGHT UP THE SKY pada 14 Oktober ini.

loading...