Chen EXO dan isteri selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka

Menurut satu laporan ekslusif portal media Korea pada 29 April, Chen EXO dan isterinya telah menerima ahli keluarga yang baru. Isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat pada hari ini di sebuah hospital di Cheongdam-dong.

Agensi Chen, SM Entertainment juga telah mengesahkan berita ini dengan satu kenyataan ringkas mereka:

Ya, memang betul Chen EXO dan isteri telah menyambut kelahiran bayi pertama mereka

Pada awal Januari lepas, Chen telah mengejutkan para peminat apabila mengumumkan berita perkahwinan serta bakal menyambut anak pertamanya. Chen dan tunangnya kemudian telah mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga sahaja.

Tahniah buat Chen dan isteri.

Sumber : FN News dan Newsen

loading...