/A.C.E kemurungan selepas diugut dengan racun ‘super glue’, dakwa agensi

A.C.E kemurungan selepas diugut dengan racun ‘super glue’, dakwa agensi

Agensi A.C.E, Beat Interactive dalam satu kenyataan hari ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap cubaan mengugut anak buah-nya dengan serangan fizikal ataupun komentar-komentar yang mendatangkan fitnah.

Jurucakap agensi itu dilaporkan berkata, ” Disebabkan peminat begitu risau dengan insiden berlaku pada malam semalam, kami akan jelaskan apa yang terjadi dan tindakan diambil selanjutnya. Pada lebih kurang 10 malam, terjadinya serangan ‘super glue’ ke atas van yang dinaiki oleh A.C.E berdekatan dengan tempat latihan mereka. Kami terus buat laporan polis. Sekarang, bukti CCTV sedang dianalisis.”

Tambahnya lagi, “A.C.E termasuklah Jun, Donghyun, Kim Byung Kwan, Wow dan Chan kemurungan kerana takut perkara sama terjadi lagi di kemudian hari.”

Sumber: hankookilbo

TAGS:

Komentar

comments

loading...