OH!K sambut ulang tahun ke-6 dengan tampilkan ‘Kings And Queens’ K-drama! !

MALAYSIA, 28 SEPTEMBER 2020 – Satu sambutan sinematik dijadualkan menggegarkan layar skrin bulan ini apabila Oh!K (Astro Ch 394) menyambut ulang tahun ke-6 bersama peminat setia K-drama (K-drama royalty) di Malaysia!

Istimewa Untuk ‘Kings and Queens K-Drama’

Oh!K memberi tribute kepada yang bukan konvensional, di mana kecantikan tersembunyi bawah permukaan dan situasi yang membawa kepada asmara yang tidak dijangka. Bermula 10 Oktober dalam She Was Pretty, realiti berubah buat sepasang kawan sejak zaman kanak-kanak. Sementelah Sung-joon seorang yang pemalu, selalu bergantung kepada Hye-jin yang cantik dan popular untuk menyelamatkan dirinya daripada situasi-situasi janggal, sebagai orang dewasa, menjadi gilirannya untuk membalas jasa cinta pertamanya kini sebagai seorang lelaki kacak.

Disebabkan dedikasi melampau dirinya terhadap dunia sukan, seorang wanita tidak mempunyai masa untuk perihal cinta… sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Joon-hyung dalam Weightlifting Fairy, sementara itu, dalam My Dear Youth – Coffee Prince mengumpulkan semua barisan pelakon asalnya dari karya popular 2009 itu. Rancangan istimewa ini akan menyaksikan semarak api cinta antara Eun-Chan dan Han-gyeol sekali lagi!

Tayangan Perdana Baharu Hari Minggu Khas

Hari minggu membawa penonton kepada untaian hiburan siaran baharu yang penuh dengan pusingan plot yang kelainan yang tidak dijangka. Dalam Kairos, yang mula ditayangkan buat kali pertama pada 7 Oktober, kehidupan seorang lelaki berkerjaya, Kim Seo-jin musnah apabila anak perempuannya menjadi mangsa penculikan. Ingin kembali ke kehidupan asalnya yang indah, dia mendapatkan solusi ‘luar biasa’ – kembali kepada kehidupan lepasnya.

Untuk perspektif berlainan tentang cinta, Bad Love, debut pada 16 Oktober, menceritakan tentang lima orang lelaki dan wanita yang tidak dapat menikmati percintaan mereka dalam perkahwinan. Ikatan antara mereka adalah satu hal yang tidak disengajakan dan kasih sayang mereka kurang dipersetujui oleh masyarakat.

Para peminat juga boleh menonton idola-idola mereka keluar daripada zon selesa mereka dalam 2020 Idol Star Athletics Championships bermula 2 Oktober. Tanpa skrip, solekan dan trailer yang menyenangkan, para selebriti berpanas dan diduga dengan pelbagai cabaran fizikal.

Raikan dengan Oh!K: Pertandingan Sosial Media

Bermula 1 hingga 25 Oktober, calonkan ‘Kings or Queens’ k-drama hidup anda (atau anda sendiri!) menerusi https://www.facebook.com/OhkTVAsia/. Beritahu Oh!K mengapa rakan anda atau diri anda sendiri layak diangkat sebagai ‘Kings or Queens K-drama’ dan berpeluang memenangi pakej eksklusif drama Korea yang mengandungi baju hoodie dan tumbler menarik, dan baucar gaya hidup bertema Korea.

Sorotan Oh!K Oktober 2020

She Was Pretty

Setiap Sabtu jam 6pm bermula 10 hingga 31 Oktober

 Sebagai kanak-kanak, Hye-jin yang jelita sering menyelamatkan Sung-joon, seorang lelaki yang pemalu dan tidak menarik berdepan situasi janggal. Bertahun-tahun kemudian, keadaan berubah apabila Sung-Joon yang sudah tampan kembali untuk mendapatkan semula cinta pertamanya.. Dibintangi Hwang Jung-Eum, Park Seo-Jun dan Choi Si-Won.

Weightlifting Fairy

Setiap Ahad jam 6pm bermula 11 Oktober hingga 1 November

Bok-ju, sorang atlet angkat berat terlalu obses dengan dunia sukannya sehingga tidak pernah terfikir akan hal cinta. Tanpa diduga, cinta datang apabila dia bertemu dengan atlet renang, Joon-hyung. Dibintangi Lee Sung-Kyung dan Nam Joo-Hyuk.

My Dear Youth – Coffee Prince (TAYANGAN PERDANA DALAM TEMPOH 24 JAM WAKTU KOREA)

Episod perdana pada Jumaat, 25 September pukul 9pm dan encore episod perdana pada Jumaat, 2 Oktober pukul 7.50pm; dua episod berikutnya pada Jumaat, 2 Oktober dan Isnin, 5 Oktober

Daripada karya popular kegemaran ramai tahun 2009, para peminat berpeluang menonton Eun-Chan, Han-gyeol dan barisan pelakon asal disatukan semula untuk momen-momen emosional dan mendebarkan. Dibintangi Gong-Yoo, Yoon Eun-Hye, Kim Jae-Wook, Lee Sun-Kyun, Chae Jung-An dan Kim Dong-Wook.

Kairos (TAYANGAN PERDANA DALAM TEMPOH 24 JAM WAKTU KOREA)

Tayangan Perdana pada Selasa 27 Oktober,  Setiap Selasa dan Rabu jam 7.40pm

Im Seo-jin merupakan eksekutif termuda di syarikatnya. Kehidupannya yang sempurna dan keluarga bahagianya musnah apabila anak perempuannya diculik. Ingin merubah masa silamnya, dia mencuba untuk pulang ke masa lalunya. Dibintangi Shin Sung-Rok, Lee Se-Young, Ahn Bo-Hyun dan Nam Gyu-Ri.

Bad Love (DRAMA BAHARU)

Tayangan Perdana pada Jumaat, 16 Oktober, Selasa hingga Jumaat jam 9pm

Satu kemalangan mengubah kehidupan lima lelaki dan wanita. Tidak seperti kebiasaan, kisah cinta yang menyenangkan, cinta mereka adalah sebaliknya. Bagaimanapun, walau berdepan tekanan, mereka sendiri tidak mampu menghalangnya. Dibintangi Shin Go-Eun, Lee Sun-Ho, Oh Seung-A, Yoon Jong-Hwa dan Jeon Seung-Bin.

2020 Idol Star Athletics Championships

Tayangan Perdana pada Jumaat, 2 Oktober, setiap Jumaat jam 5.05pm

Program ini menyaksikan bintang-bintang kegemaran ramai bertanding antara satu sama lain dalam pelbagai aktiviti, berpeluh seraya melibatkan diri dalam siri pertandingan.

loading...