Ji Chang Wook dan Kim Ji Won bergandingan dalam drama baru PD “It’s Okay Not to be Okay”

Selepas membintangi ‘Backstreet Rookie’, Ji Chang Wook disambar pengarah “It’s Okay Not to be Okay” untuk menerajui drama siri original KakaoTV berjudul “City Couple’s Way of Love” (tajuk kerja). Kali ini Ji Chang Wook akan berpasangan dengan Kim Ji Won.

“City Couple’s Way of Love,” yang dijadual akan bersiaran dipenghujung tahun 2020 berkisarkan mengenai realiti perjalanan kisah cinta anak muda yang berjuang demi kelangsungan hidup dikesibukan bandar. Drama pendek yang hanya berdurasi 30 minit setiap episode ini akan dihasilkan untuk beberapa siri. Siri pertama akan menampilkan subtitle yang menarik iaitu “My Lovable Camera Thief.”

Drama ini akan mendapat sentuhan Park Shin Woo, pengarah yang telah menghasilkan drama hit seperti “It’s Okay to Not Be Okay,” “Encounter,” dan “Don’t Dare to Dream (Jealousy Incarnate).” Manakala skripnya akan dinukilkan bersama dengan  Jung Hyun Jung, penulis skrip disebalik drama “I Need Romance” series dan “Romance is a Bonus Book.”

Ji Chang Wook akan membawakan watak Park Chae Won, seorang yang jujur dan merupakan arkitek yang penuh bersemangat. Park Chae Won juga tertarik pada keindahan jalanan di kota. Dia kemudian bertemu dan jatuh cinta dengan seorang wanita yang memanggilnya sebagai pencuri kamera.

Manakala Kim Ji Won membawakan watak Lee Eun Oh, seorang pekerja ‘freelance’ yang secara spontan menggunakan identiti palsu di tempat asing. Lee Eun Oh akhirnya jatuh cinta dengan Park Chae Won dengan menggunapakai identiti sebagai Yoon Sun Ah.

Kedua-dua pelakon ini turut menyatakan keterujaan masing-masing terhadap drama ini.

Disebabkan drama ini ditulis oleh Jung Hyun Jung dan disutradarai oleh Park Shin Woo, yang mana keduanya saya sangat inginkan untuk bekerjasama, saya gembira dan teruja untuk bersiap sedia memulakan penggambaran. – Ji Chang Wook

Saya gembira dapat bekerjasama dengan pengarah, penulis, dan pelakon yang hebat. Saya akan bekerja keras mempersiapkan drama ini untuk menunjukkan sisi berbeza saya melalui karakter Lee Eun Oh. Dalam masa yang sukar ini, saya harap saya dapat memberikan sedikit kegembiraan. – Kim Ji Won

Nampaknya ramai peminat bergembira dengan gandingan Ji Chang Wook dan Kim Ji Won. Tidak sabar rasanya nak saksikan keserasian mereka dalam drama ini kelak.  Tambahan dengan sentuhan pengarah dan penulis skrip yang hebat, pasti ada sesuatu yang menarik akan dipersembahkan dalam drama ini. “City Couple’s Way of Love” akan ditayangkan pada penghujung tahun 2020.

Sumber : Chosun | mk.korea

loading...