Apakah mungkin Jang Nara dan Jung Yong Hwa akan bergandingan dalam drama terbaru mereka?

Berkemungkinan aktres Jang Nara akan dipasangkan bersama Jung Yong Hwa CNBLUE dalam sebuah projek drama.

Pada 21 September, portal media Hankyung melaporkan keduanya dala proses perbincangan untuk membintangi sebuah drama baru iairu “Daebak Real Estate” (tajuk kerja).

Menurut laporan media berkenaan, agensi Jang Nara mengesahkan bahawa pelakon berkenaan telah ditawarkan untuk membintangi “Daebak Real Estate” dan kini masih lagi dalam mempertimbangkannya. Manakala sumber daripada agensi Jung Yong Hwa, FNC Entertainment turut memberitahu tawaran ini adalah salah satu projek yang diterimanya dan masih dalam proses meneliti tawaran tersebut.

“Daebak Real Estate” adalah drama mistik mengenai broker hartanah yang mengusir dan membersihkan bangunan di mana hantu sering bertandang dan juga terdapat kematian ditempat tersebut.

Jang Nara telah ditawarkan watak sebagai Hong Ji Ah, bos dan pengusir hantu di Daebak Real Estate. Meskipun dia kelihatan sempurna dengan kecantikan serta kepintarannya, namun sebenarnya dia merupakan penghalau hantu yang panas baran di mana dia terlebih dahulu beraksi sebelum berkata-kata . Hong Ji Ah mewarisi kemampuan tersebut daripada ibunya.

Jung Yong Hwa pula ditawarkan watak Oh In Bum, seorang penipu yang tidak mempercayai hantu tetapi menggunakannya untuk mendapatkan wang. Dia mempunyai set kemahiran yang sempurna untuk penipu,  malah dapat meramalkan apa yang bakal terjadi dengan kemahiran pemerhatian dan logik yang baik dalam apa jua keadaan. Hong Ji Ah kemudiannya akan bekerjasama dengan Oh In Bum untuk menyelesaikan rahsia di sebalik kematian ibunya 20 tahun yang lalu.

Jang Nara telah menerima pelbagai pujian menerusi lakonannya dalam beberapa drama, antaranya “Go Back Couple,” “The Last Empress,” “VIP,” “Oh My Baby,” dan banyak lagi. Sekiranya Jung Yong Hwa menerima tawaran ini, ia akan menjadi drama pertamanya dalam tempoh tiga tahun selepas JTBC “The Package” pada tahun 2017.

Laporan media tersebut juga memberitahu bahawa “Daebak Real Estate” dijadualkan untuk tayangan perdana pada separuh pertama 2021 menerusi rangkaian KBS.

Sumber : star.mk | hankyung

loading...