BTS kini secara rasmi penyandang rekod jualan album terlaris sepanjang zaman di Korea

Tampaknya, rekod jualan album terbanyak sepanjang zaman di Korea kini bakal disandang oleh BTS secara rasminya.

Menurut Gaon, berdasarkan capaian keseluruhan diukur pada kesemua album yang pernah dikeluarkan oleh BTS sejak debut lagi, bermula dengan 2 Kool 4 School sehinggalah kepada Map of The Soul 7, BTS telah memperolehi jualan kesemua 14 albumnya yang terkumpul sebanyak 20,23,305 unit di Korea saja. Ia sekaligus mencipta rekod yang tidak mudah dipatah oleh mana-mana artis Korea lagi di negara kelahirannya pada masa akan datang.

Berita baik itu turut dikongsikan oleh Big Hit Entertainment di laman sosialnya. Map of The Soul 7 juga telah melakar sejarah di Amerika Syarikat apabila tetap berada di kedudukan top 30 terbaik di dalam carta Billboard 200 Album selama enam minggu berturut-turut setelah pertama kali menjuarainya pada hari pertama pelancarannya.

Sumber: Gaon

loading...