Undian global buat perjuangan Ta-Ki di I-LAND terhenti, Jay terselamat dan Sunoo kembali ditempat pertama

Pada semalam 4 September, episode ke-4 bahagian kedua I-LAND telah bersiaran di Korea. Di awal rancangan kelihatan para peserta berdebar menantikan kedudukan terkini selepas undian global ditutup pada tengah malam 29 Ogos lepas. Penyingkiran kedua ini adalah bergantung kepada jumlah undian yang diterima.

Untuk makluman, Jake mendapat kelebihan dari segi kiraan undian apabila dia telah dipilih oleh produser sebagai peserta terbaik. Selepas berakhirnya persembahan “Flicker” dan “Dive Into You”, telah diumumkan kedudukan sementara para peserta di mana menyaksikan Sunoo kembali berada ditempat pertama. Manakala yang mengejutkan apabila Jay berada dikedudukan terbawah. Dapat dilihat Jay begitu kecewa dengan dirinya dan beranggapan mungkin dialah peserta yang akan tersingkir .

Berikut merupakan kedudukan peserta selepas persembahan:

No. 1. Sunoo, No. 2 Heeseung, No. 3 Sunghoon, No. 4 Ta-ki, No. 5 Jake, No. 6 Jungwon, No. 7 Daniel, No. 8 Hanbin, No. 9 K, No. 10 Ni-ki dan No. 11 Jay.

Mereka kemudian dibahagikan kepada dua unit untuk misi yang berikutnya iaitu ‘ujian konsep’ . Peserta diberikan cabaran untuk membuat persembahan lagu SEVENTEEN iaitu “The Hit”  dan “Pretty U”.

Heeseung, K, Jay, Hanbin dan Ni-Ki mendapat lagu rancak dan bertenaga, “Hit”.  Manakala Sunoo, Sunghoon, Daniel, Jake, Jungwon dan Ta-ki mendapat lagu “Pretty U” yang segar dan comel. Selepas latihan, mereka dikejutkan dengan kehadiran Dino, Hoshi, The8, dan Jun dari kumpulan SEVENTEEN.

Tarian Ni-Ki mendapat pujian The8 kerana ekspressi matanya yang sangat memukau. Dalam pada itu, Hoshi juga turut menyatakan rasa terharunya kerana koreografi lagu ‘Hit’ agak sukar dan mereka tidak punya cukup masa untuk berlatih namun tetap memberikan persembahan yang baik.

Persembahan unit kedua yang membawakan lagu “Pretty U” sangat fokus kepada ekpressi muka masing-masing yang comel. Kumpulan SEVENTEEN sangat menikmati persembahan mereka terutama ekpressi muka Ta-Ki yang sangat comel. Kemudian Hoshi meminta Ta-Ki dan Sunoo untuk menarikan lagu “Pretty U” bersama-sama. Memang tarian lagu berkenaan sangat comel yang memerlukan ekpressi yang gembira.

Dipenghujung cabaran, ahli SEVENTEEN telah memilih Sunoo sebagai pemenang misi tersebut. Sunoo mendapat kelebihan untuk memilih lagu dan ahli kumpulan untuk ujian konsep.

Episode kali ini pada penulis memperlihatkan bagaimana sebelas peserta I-LAND semakin rapat antara satu sama lain setelah bersama beberapa bulan. Kerja keras mereka untuk terus bersaing juga turut mendapat sokongan daripada ramai peminat dari pelbagai negara yang tidak putus memberi kata semangat. Ketika mereka berkumpul di luar kompleks I-LAND, mereka dipertontonkan tayangan video “Dear I-Landers” daripada peminat mereka diseluruh negara yang sentiasa menyokong mereka. Mereka juga diberikan sebuah buku nota setiap seorang yang mengandungi surat-surat peminat.

 

Selain itu juga terdapat sesi Q&A. Antaranya, Sunoo diminta untuk mengajar Heeseung cara membuat aksi comel. Heeseung terpana pada mulanya dan menyedari dia perlu menyahut cabaran ini, Heeseung tetap memberikan aksi yang comel. Aksinya disambut dengan pelbagai reaksi dari peserta lain yang tidak menyangkakan dia akan berbuat demikian. Selain itu, turut ditanya apakah memori yang paling mereka suka sepanjang di I-LAND. Yang pasti moment epik yang melibatkan ekpressi Jay ketika beberapa peserta terpaksa turun sertai ‘Grounder’ sehingga ramai antara mereka mohon untuk ditayangkan semula momen tersebut.

Apa yang menarik pada penulis apabila setiap peserta berpeluang menyatakan pesanan isi hati mereka dan ucapan terima kasih kepada satu sama lain. Keadaan bertukar menjadi sedih, kerana mereka begitu tersentuh hati dengan ucapan yang diterima.

Saat ujian konsep didedahkan terdapat dua buah lagu yang akan dipersembakan oleh mereka iaitu lagu berkonsepkan menyegarkan “Chamber 5 (Dream of Dreams)” dan berkonsepkan ledakan “Flame On.” Sunoo yang telah memenangi cabaran sebelum ini telah memilih unit “Chamber 5” dan turut memilih Jake, Jungwon, Heeseung, dan Ta-ki sebagai ahlinya. Lagu “Flame On” pula diberikan kepada Sunghoon, Ni-ki, K, Jay, Daniel, dan Hanbin. Namun, sebelum persembahan akan dilakukan, seorang peserta akan tersingkir. Sebelum diumumkan jumlah akhir undian global,  Jay  sempat memberikan surat kepada semua pelatih lain, kerana dia beranggapan akan tersingkir.

Namun sesuatu yang mengejutkan terjadi pada hari penyingkiran, di mana Ta-Ki menduduki tangga ke-11 dan terpaksa pulang. Ta-ki turut menyatakan bahawa dia tidak akan berhenti mengejar impiannya dan akan melakukan yang terbaik jika ada peluang yang lain. Penyingkiran Ta-ki buatkan K dan Ni-Ki berasa sangat sedih kerana ketiganya berasal dari Jepun. Ketiadaan Ta-ki dalam unit “Chamber 5” telah membuatkan Sunoo memilih Sunghoon bagi menggantikan kekosongan tersebut. Sunghoon sempat membuat reaksi muka tidak puas hati kerana “Chamber 5” lebih kepada aksi segar dan ekpressi yang comel.

Kini hanya tinggal sepuluh orang peserta yang akan meneruskan perjuangan dan undian global kembali dibuka kepada peminat. Kali ini, peminat hanya boleh memilih untuk mengundi seorang peserta sahaja. Undian akan ditutup pada 18 September depan iaitu yang bakal menentukan tujuh peserta yang akan debut.

Berikut merupakan kedudukan peserta berdasarkan jumlah undian global:

1. Sunoo
2. Heeseung
3. Jay
4. Hanbin
5. Sunghoon
6. K
7. Jake
8. Jungwon
9. Ni-ki
10. Daniel
11. Ta-ki

Undian peminat global, anda boleh mengundi menggunakan aplikasi Weverse atau menerusi laman web weverse di https://iland.weverse.io/. ‘I-Land’ akan bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 6 petang menerusi tvN Asia Astro Ch 395 dan Unifi TV Ch 211.

loading...