[GEMPAR] Lim Young Min disingkirkan keluar dari AB6IX serta-merta

Image may contain: 1 person, child and closeup

Berikutan kes Lim Young Min ditangkap memandu dalam keadaan memabukkan, penyanyi itu akhirnya terpaksa akur untuk berundur daripada menjadi ahli AB6IX serta-merta.

Keputusannya itu disahkan oleh Brand New Music setelah berunding dengan Lim Young Min.

“Setelah berbincang dengan Lim Young Min, kami memutuskan untuk melepaskan Lim Young Min hari ini daripada AB6IX kerana menghormati pendiriannya untuk tidak lagi menjadi beban buat kumpulan itu,” kata jurucakap agensi itu.

“AB6IX akan dipromosikan dalam empat orang ahli saja dan kami memohon maaf kerana menyampaikan berita mengecewakan ini buat peminat yang tak henti-henti menyokong AB6IX,” katanya lagi.

Agensi itu sebelum ini hanya merehatkan Lim Young Min daripada segala aktiviti AB6IX untuk promosi album akan datang termasuklah album terbaru yang ditangguhkan pelancarannya pada 29 Jun 2020 ini. Lim Young Min turut menulis surat permohonan maaf secara peribadi beberapa jam selepas itu. Bagaimanapun, kecaman berterusan daripada netizen menyebabkan agensi itu kemudiannya bertindak membuat keputusan menyedihkan pada hari ini.

Sumber: Daum cafe

loading...