Mahu merangsang diri sendiri, Hyunjin Stray Kids akui selalu tonton video Jimin BTS & Taemin SHINEE/Super M beraksi

Image may contain: 4 people, closeup

Stray Kids akan membuat ‘comeback’ sekali lagi selepas baru saja tiga bulan mengeluarkan album, GO LIVE pada Jun 2020 lalu.

Kejayaan album GO LIVE dalam meraih jualan sebanyak 127,960 unit di dalam seminggu menurut Hanteo dan 243,462 unit secara pukalnya dalam tempoh dua bulan menurut Gaon telah membangkitkan semangat ahli-ahli Stray Kids untuk terus beraksi menghiburkan peminat mereka, STAY. Malah, MV God’s Menu juga telah mencatat tontonan yang sangat tinggi di Youtube sehingga melebihi 100 juta orang setakat ini membuktikan pengaruh lagu berentakkan ‘upbeat tempo’ tersebut sangat diterima orang ramai di seluruh dunia sejak dilancarkan pada bulan Jun lalu. Maka, album ‘repackaged’ akan dikeluarkan pada September depan dengan single terbaru bakal dikeluarkan serentak buat tatapan peminat.

 

Dalam perkongsian bersama majalah Singles,  Stray Kids menjelaskan konsep album terbaru mereka dengan Reno, Hyunjin dan Felix diletakkan di bahagian lirik yang memerlukan tarian manakala Bang Chan, Changbin dan Han pula bertindak sebagai 3Racha, yakni bertanggungjawab di dalam bahagian nyanyian rap serta menyumbang di dalam penghasilan lagu. Bang Chan berkata, “Saya sangat sukakan hip hop dan R&B, tetapi salam masa yang sama, saya juga cuba untuk menghasilkan lagu yang berbentuk ketenangan. Sangat penting untuk saya mahu memasukkan pelbagai ekspresi ke dalam tajuk dan lirik lagu itu nanti. Ini kerana mesej itu penting bagi membolehkan pendengar mengolahkan ikut cara mereka dengan berbagai-bagai poin menarik dapat dikupas.”

Menceritakan bagaimana nama ‘Stray Kids’ melekat dengannya, Seungmin berkata berkata, “Ketika saya jadi pelatih lagi, saya tak reti nak menyesuaikan diri dengan keadaan baharu. Saya rasakan diri macam orang asing. Tetapi akhirnya saya sudah terbiasakan diri dan menjadi Stray Kids.”

Manakala Hyunjin pula tanpa segan-silu mendakwa dirinya selalu menonton video persembahan Taemin SHINEE dan Jimin BTS bagi menyempurnakan gaya tariannya di atas pentas. “Senior Taemin dan Jimin, mereka yang saya sukai dan hormati. Saya gunakan peluang menyaksikan persembahan mereka untuk merangsangkan diri ini. Waktu muda inilah saya perlu bekerja kuat untuk buat apa yang saya mahu.” Changbin pula mahu melaksanakan impian dan sedang berusaha ke arah itu.

Sejak debut tiga tahun lalu, Stray Kids digelar dengan berbagai-bagai jolokan nama, antaranya ‘Budak Terbiar’ dalam kalangan peminat di Malaysia selain setiap ahli diberi gelaran tertentu seperti ‘Gaguanz’ (Seungri’s), ‘Honey Meng’s’, “Daengnyang’s”, Coin Flavored Tteokbokki’s (Dongteokz’), Limaks (Old Mak’s), Medan’s, Molly’s, Bread Honeys, Pojak’s, serta Calligraphy.

“Nama-nama itu sangat comel. Kami berbangga kerana mampu mempunyai berbagai-bagai unit dan berkawan baik,” kata Stray Kids mengakhiri temuduga bersama bersama majalah Singles.

Sumber: newsis