Dynamite bantu BTS cipta rekod terbaik di dalam carta Official UK Singles

Image may contain: 7 people, people standing and indoor

Dynamite, single berbahasa Inggeris terbaru keluaran BTS, telah berjaya mencecah posisi no.3 di dalam carta Official UK Singles pada minggu ini.

Ia merupakan pencapaian tertinggi kumpulan itu di dalam carta muzik berpaksikan di United Kingdom berikut setelah kali terakhir melakukannya dengan Boy With Luv dendangan bersama Halsey, yakni pada posisi no.13 sekitar tahun lepas. Dynamite berjaya ke hadapan dengan 5.3 bilangan penstriman selain mencapai bilangan muatturun sebanyak 22,000 unit dalam minggu pertama pelancarannya. Rekod tertinggi di dalam carta Official UK Singles oleh artis Korea masih disandang oleh Psy, menerusi ‘Gangnam Style’ iaitu pada kedudukan no.1.

Dalam menghargai pencapain itu, jurucakap BTS berkata, “Rasa terhormat bila BTS mempunyai hasil menarik di dalam Official UK Singles. Terima kasih kepada ARMY. Tanpa sokongan dan cinta daripada kalian, kami tak mungkin berjaya capai ke sini.”

Sementara itu, Dynamite turut melakarkan rekod dunia apabila meraih tontonan video tertinggi di Youtube sebanyak 101.1 juta dalam tempoh 24 jam di samping meraih penstriman kedua terbanyak  dalam masa seminggu saja seperti tercatat di dalam Spotify Global Top 50 dengan 40 juta strim telah dicatatkan. Dynamite turut mengatasi rekod pencapaian yang pernah dibuat oleh ‘Boy With Luv’ dalam kedua-dua Youtube dan Spotify. Di tanah air mereka sendiri, Dynamite menjadi single berbahasa Inggeris pertama meraih kesempurnaan di carta-carta muzik harian di Korea, dijangka membolehkan mereka meraih no.1 di dalam carta digital mingguan Gaon pada minggu hadapan.

Namun, yang lebih ditunggu-tunggu oleh peminat, adalah samada BTS mampu menjulang kedudukan no.1 di dalam carta Billboard Hot 100 nanti seperti diramalkan oleh Forbes, seterusnya bakal menjadi artis Korea pertama berjaya berbuat demikian.

Sumber: IS Plus

loading...