11 peserta kini kembali bersaing merebut 7 tempat untuk debut dalam I-LAND Part 2

‘I-Land’ merupakan sebuah lagi rancangan realiti ‘survivor’ yang disiarkan menerusi MNet dalam mencari idol kpop generasi baru untuk diketengahkan. Ia merupakan projek pertama BELIF+, yang merupakan usahasama antara CJ ENM dan Big Hit Entertainment. Keduanya akan menggabungkan kepakaran masing-masing serta bekerjasama dalam membentuk sebuah kumpulan K-POP baru yang akan debut setelah rancangan ini berakhir.

Apa yang menarik, founder dan producer Big Hit Entertainment iaitu Bang Si Hyuk terlibat sepenuhnya dalam ‘I-LAND’. Bang Si Hyuk turut dibantu oleh Rain dan Zico sebagai mentor dalam bahagian pertama ‘I-LAND’ selain beberapa lagi produser terkenal yang telibat sebagai orang kuat rancangan ini. Pelakon Nam Goong Min pula diberikan tugas sebagai “Story-teller” rancangan ini.

Seramai 23 orang peserta telah terpilih dari pelbagai negara untuk menyertai ‘I-LAND’. Konsep rancangan ini pada bahagian pertama adalah undian dibuat dikalangan para peserta sendiri dan producer bagi menentukan kedudukan mereka samada kekal 12 terbaik (I-Lander, yang mempunyai berbagai keistimewaan) atau terpaksa menyertai 11 yang lain yang berada dalam kalangan ‘Grounder’. Kedua-dua kumpulan ini ditempatkan di kawasan yang berbeza. Kedudukan mereka pula bergantung kepada tugasan yang diberi samada berjaya memberikan hasil yang baik atau sebaliknya dan itu yang akan menentukan samada mereka akan menghuni ‘I-Lander’ ataupun turun ke ‘Grounder’.

Kini, ‘I-LAND’ telah pun memasuki bahagian kedua di mana hanya 12 orang peserta sahaja dipilih. Enam dipilih oleh pihak producer  dikalangan ‘I-Lander’ dan selebihnya menerusi undian secara global yang dibuka untuk memilih enam terbaik dikalangan 11 peserta ‘Grounder’. Disebabkan. Mnet terpalit dengan beberapa tragedi manipulasi undian, kali ini undian tidak dibuat secara langsung menerusi MNet tetapi menggunakan Weverse bagi memelihara ketelusan undian. Bahagian pertama ‘I-Land’ berakhir pada 31 Julai dan bahagian kedua bermula pada 14 Ogos lepas sehingga 18 September depan. Antara yang berjaya terpilih menjadi 12 terbaik adalah Heeseung, Sunghoon, Jay, K, Jake, Jungwon (Pilihan Producer) serta Sunoo, Ta-ki, Ni-ki, Daniel, Hanbin dan Geonu (Undian peminat Global).

Berdiri belakang dari kiri : Jungwon, Sunghoon, K, HeeSeung, Jay dan Jake Berdiri di depan dari kiri : Hanbin, Ta-Ki, Sunoo, Daniel, Ni-Ki dan Geonu

Bahagian kedua ini adalah proses terpenting dan kritikal buat semua peserta kerana hanya tujuh sahaja yang akan dipilih untuk debut dalam satu kumpulan. Mereka akan diberikan misi yang baru dan kembali bersaing bagi merebut kedudukan tujuh terbaik. Peserta yang berada ditempat terakhir akan disingkirkan. Boleh dikatakan pemilihan dalam ‘I-LAND’ sangat ketat dan penuh penelitian kerana mereka mahu menghasilkan idol yang bukan hanya sekadar mengisi industri tapi penuh dengan ilmu, tahu haja tuju mereka, bersedia fizikal dan mental, berbakat dan bersemangat kental.

Pada permulaan bahagian kedua ‘I-Land” kumpulan BTS sempat mengunjungi kompleks ‘I-Land’. Mereka turut menjawab soalan yang diutarakan oleh beberapa peserta dan sempat memberikan kata-kata semangat untuk mereka yang masih berjuang dalam rancangan tersebut. Apa yang lebih istimewa, ahli-ahli BTS turut memberikan buah tangan yang exclusive buat para peserta, sekaligus menjadi pembakar semangat untuk mereka menjadi yang lebih baik.

Terdapat empat tugasan dalam bahagian kedua ini. Dua tugasan daripadanya akan diadili oleh producer dan dua lagi tugasan bergantung kepada undian para peminat secara individu. Tugasan pertama mereka adalah ujian BTS, di mana mereka dibahagikan kepada 3 unit dengan tiga lagu popular BTS iaitu “DNA”, “I Need You Girl” dan “Fake Love”. Dalam tugasan ini Bang Si Hyuk mengambil langkah untuk tidak terlibat dalam pengundian kerana ingin mengelakkan ‘conflict of interest’.

DNA – K (k), Ni-Ki, Jay dan Hanbin

I Need You Girl – Jungwon, Geonu, Daniel, dan Jake

Fake Love – Ta-Ki (K), Lee Hee Seung, Park Sung Hoon dan Kim Sun Oo

Selepas persembahan para producer sebulat suara telah memilih  “Fake Love” sebagai persembahan terbaik sekaligus terselamat daripada penyingkiran. Producer juga turut mendedahkan kedudukan para peserta untuk proses penyingkiran.

Peserta yang berada ditempat pertama untuk tugasan pertama adalah Lee Hee Seung dari unit “Fake Love” manakala Ta-Ki yang berada dikedudukan terakhir (tempat ke-12) terselamat daripada penyingkiran kerana kumpulannya memenangi tugasan pertama. Secara tidak langsung, peserta ke-11 iaitu Lee Geonu jadi peserta pertama tersingkir dalam bahagian kedua ini. Meskipun Geonu mempunyai suara yang baik, namun apa yang seringkali mendapat kritikan dari pihak produser adalah ekspressi muka yang tidak beremosi. Geonu gagal mempamerkan reaksi wajah sejajar dengan persembahannya. Namun begitu, dia memberitahu tidak akan berputus asa untuk bergelar idol dan akan terus bekerja keras dalam mencapai impiannya.

Berikut merupakan kedudukan peserta selepas tugasan pertama (ujian BTS)

  1. Heeseung
  2. Jungwon
  3. Sunghoon
  4. K
  5. Sunoo
  6. Jay
  7. Jake
  8. Ni-ki
  9. Hanbin
  10. Daniel
  11. Geonu (Tersingkir)
  12. Ta-ki

‘I-Land’ akan bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 6 petang menerusi tvN Asia Astro Ch 395 dan Unifi TV Ch 211.

Undian peminat global, anda boleh mengundi menggunakan aplikasi Weverse atau menerusi laman web weverse di https://iland.weverse.io/. Setiap peminat dibenarkan mengundi dua orang peserta sekali setiap hari. Undian untuk episode berikutnya akan ditutup pada 28 Ogos, 10.59 malam waktu Malaysia. Jika anda ingin saksikan kesukaan anda untuk debut di antara 7, jangan lupa untuk terus mengundi.

loading...