Penggambaran ‘Running Man’ & ‘Master In The House’ terpaksa dibatalkan minggu ini kerana wabak Covid-19

Image may contain: 12 people, people sitting and outdoor

Pihak produksi SBS membatalkan penggambaran dua program realiti tv terkemuka, Running Man dan Master In The House serta-merta minggu ini.

Keputusan itu dibuat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang tercetus daripada kluster Kdrama yang sehingga kini telah menjangkiti sekurang-kurangnya tiga orang pelakon iaitu Kim Won Hae, Heo Dong Won dan Seo Sung Jong serta seorang penulis webtoon, Park Tae Joon. Disebabkan bilangan jangkitan mereka yang terbabit di dalam produksi tv juga bertambah, maka langkah kecemasan untuk memelihara kesihatan krew juga perlu diambilkira selaras dengan saranan pihak kerajaan untuk mengamalkan penjarakkan sosial sekali lagi.

Hampir kesemua pihak produksi drama telah pun menangguhkan penggambaran termasuklah KBS To All the Guys Who Loved Me, KBS Do Do Sol Sol La La Sol, jtbc Run On, tvN Start Up, jtbc More Than Friends dan lain-lain lagi.

Sumber: money today

loading...