ITZY tumbangkan Kang Daniel, Dreamcatcher, TREASURE & ONEUS, raih album terlaris minggu ini

Image may contain: 22 people, people standing

ITZY kembali menggegarkan industri kpop dengan rekod terbaik untuk diri mereka.

Masakan tidak, album ‘Not Shy’ telah pun memperolehi jualan sebanyak 144,335 unit menurut Hanteo, sekaligus mengenepikan Kang Daniel, Dreamcatcher, TREASURE dan ONEUS yang masing-masing berada di kedudukan no.2,no.3, no.4 dan no.5 di dalam carta album Gaon minggu ini. Kejayaan itu tidak terhenti di situ saja, ‘Not Shy’ juga meletakkan ITZY di tangga kelima untuk lima album terlaris yang pernah dikeluarkan kumpulan kpop wanita pada tahun 2020 ini di belakang Blackpink (album kit How You Like That), TWICE (MORE & MORE) serta kedua-dua album keluaran IZ*ONE iaitu Bloom*IZ dan OneIric Diary.  ‘Not Shy’ oleh ITZY juga mengulangi kejayaan album terdahulu, It’s Me yang meraih kedudukan no.1 di dalam carta mingguan Gaon pada sekitar Mac 2020 yang setakat ini menjadi satu-satunya kumpulan kpop wanita yang berjaya berbuat demikian pada tahun 2020.

Berlainan konsep berbanding dengan dua album keluaran mereka sebelumnya, ‘Not Shy’ lebih bertemakan cinta dengan memuatkan enam buah lagu termasuklah “Don’t Give A What”, “Louder”, “ID”, “Surf”, “Be In Love” selain lagu tajuk album yang sama dijadikan sebagai single utama. Bagi mempromosikan album ini, ITZY telah mempersembahkan di beberapa buag ‘music show’, seterusnya memperolehi kemenangan pertama mereka di MBC Show Champion.

Sumber: gaon, hanteo

loading...