Cubaan berlakon buat pertama kali, Jaehyun NCT 127 akan bintangi KBS Dear.M disamping Kim Sae Ron & Bae Hyun Sung

Image may contain: 10 people

Jaehyun NCT 127 tampaknya sedang mempertimbangkan kemungkinan berlakon buat pertama kali di dalam drama terbaru, KBS ‘Dear.M’ yang merupakan keluaran sampingan drama web bersiri pelbagai musim, ‘Love Playlist’.

Jaehyun NCT 127 akan membawakan watak utama bernama Minho yang belum didedahkan lanjut mengenainya setakat ini. Mengikut siri asal ‘Love Playlist’, drama ini berkisarkan tentang sekumpulan pelajar siswazah kolej yang mencari-cari cinta walaupun sedang kesibukan belajar.

Turut dikatakan akan menyertai Jaehyun ialah pelakon-pelakon daripada siri yang asal, Kim Sae Ron dan Bae Hyun Sung. Mereka pernah berlakon menjadi pasangan bercinta di dalam ‘Love Playlist’.musim keempat.

Sumber: hankookilbo

loading...